GAJET WAJIB ADA UNTUK ANAK MANDI KOLAM

Assalamualaikum.

Saya ni agak risau sikit nak bawak anak-anak yang bawah umur dua tahun mandi kolam. Tapi, seriously saya sebenarnya suka kalau mereka sukakan kolam.

Rasanya, saya terlewat bawak Nabihah ke tempat-tempat percutian yang ada kolam tapi, belum terlewat buat Nadeem. Nampaknya, lepas pergi ke Melaka haritu dia terlalu sukakan air kolam!

Tak susah pun nak sediakan gajet anak- anak untuk mandi kolam. Benda wajib ada :


Pelampung ni benda perlu bawak sebab memudahkan anak-anak yang tak pandai berenang sendiri tu untuk berenang dalam kolam.

Pelbagai harga pelampung ada kat pasaran, Serendah RM 8 hingga yang paling mahal. Terpulang pada pilihan masing-masing nakkan yang murah atau sebaliknya!


Swim diapers ni available saiz sebenarnya untuk bayi hingga umur 3 tahun. Terpulang bagi ibubapa yang nakkan anak-anak lebih bersopan pakai baju mandi. 

Brand Rock-Tak Baby ni awak semua boleh ke page dibawah ni ye. Cantik-cantik corak yang ada kat semua swim diapers ni. 
FB page : 
Instagram : 

Bagi saya sebab anak-anak tak biasa mandi kolam dengan baju mandi lengkap, better selesakan dulu dengan swim diapers macam ni, malah sebab taknak mereka terkencing dalam air kolam tu jugak. 

Sekarang, dah boleh pegi mandi kolam dah! Apa yang penting pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak jika ke tempat percutian yang ada kolam, pantai dan sebagainya. 

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...