TATI DAN MOLEEK SKINCARE BAHAYAKAN PENGGUNA

Assalamualaikum.

Penggunaan skincare yang mempunyai bahan kimia bukan baru di Malaysia ni, tapi sebab ada pelanggan yang sukakan kulit putih melepak walaupun hakikatnya kulit tu memang warna coklat. 

Makanya ramailah pengusaha tak bertanggungjawab ni buat produk yang mampu milik lah, boleh putih dalam masa 3 hatilah, boleh hilangkan terus jerawat dan jeragat lah... Memang tak patut!

Ada yang pakai kulit terus bagi reaksi mengejut, mengelupas , pedih dan sakit. Pengguna takut dan terus stop, bernasib baiklah sebab dah tak terjebak. Tetapi ada yang pakai kulitnya masih elok dan semakin licin. Bila dapat kulit macam tu, ramailah testimoni luar biasa cakap .. produk ni bagus, produk terbaik dan diiktiraf KKM.

Walhal, pihak KKM cuma keluarkan nombor siri produk yang didaftar kan di Malaysia sebab ia dikeluarkan oleh pengilang di Malaysia, bukan nombor siri keselamatan untuk produk pun. 

Tapi ramai pengedar yang taksub ni akan cakap produk ni selamat dan testimoni pengguna sangat memberangsangkan .

Tak pasal-pasal KKM kena kecam dek kerana ada pelanggan dan pengedar yang taksub sangat untuk pakai skincre jenis bahan kimia berbahaya ni. Bila dah jadi macamni, kenapa KKM tak pantau, tak bagitahu? Sampai berlambak orang jual.. merata-rata ada jual.. 

Di bawah ni, saya bagi gambar-gambar berkaitan produk TATI dan MOLEEK SKINCARE yang dah membahayakan nyawa pengguna. 






Jika terkena pada bayi atau kanak-kanak? Bimbang berlaku kesan sampingan yang kita sendiri tak boleh jangka. Tak sayang kulit sendiri lantaklah kan? 

Ini bukan setakat kulit awak je tau, bagi yang mengandung, janin dalam perut apa nak jadi? Dah tak sayang anak ke? Bagi pengguna yang ada anak-anak kecil, kalau dibuatnya anak tu termakan atau tercalit kat kulit mereka benda tu? Allahuakbar!

Harap sangat awak semua tukarlah kepada skincare berasaskan bahan botani seperti Mary Kay. Walaupun ada yang cakap Mary Kay ni mahal lah, kulit naik jerawatlah! Sebabnya, awak juga pernah gunakan peeling produk yang dah bertahun duduk dalam kulit tu! Mahal tu pulak sebab tanggapan negatif semasa kali pertama nak beli, bukan kena beli setiap bulan tapi beli 5 bulan sekali. Berapa jimat awak tak tau sebab awak masih nampak nak cepat cantik dengan produk berbahaya tu!

Bukan saja-saja saya nak promote sebab saya Beauty Consultant Mary Kay, tapi sebab saya pernah guna pelbagai produk sebelum ni kononnya berasaskan organik oleh pengeluar bumiputera sendiri tapi, ciri-ciri dan tekstur krimnya sama seperti kebanyakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, Hydroquinone dan tretinoin. Hasilnya, bila berhenti sahaja pakai, memang jerawat mencanak-canak naik dan kulit jadi terbakar lain macam aje.

So, berhati-hati lah... Sebab orang sekarang semua nak hidup dalam kemewahan sedangkan sebalik itu semuanya ada penipuan. Saya mohon, awak semua jadilah pengguna yang bijak!

Sekian.

ALWAYS APRICOT MARY KAY SEMI-MATTE GEL LIPSTICK

Assalaualaikum.

Apa yang best sangat pasal NEW MARY KAY GEL SEMI-MATTE LIPSTICK ni?  

Formula gel yang ringan, teknologi 'Cushion Matrix' terkini iaitu mengandungi mikrosfera silika yang amat kecil untuk penyerapan dan tahan lama, kesan focus yang lembut dan menutupi masalah bibir gelap atau tona tak sekata.

Lipstick jenis Semi-Matte Gel ini juga mengandungi minyak bunga matahari dan estrak jojoba untuk melembabkan bibir dan ianya didatangkan dalam bekas 'clear top window' untuk memudahkan anda memilih warna lipstick kegemaran dengan lebih mudah.  

Ada 8 warna hebat!

BASHFUL YOU 
RICH TRUFFLE 
MAUVE MOMENT
POWERFUL PINK 
ALWAYS APRICOT 
POPPY PLEASE 
MIDNIGHT RED 
CRUSHED BERRY 

Saya pakai warna Always Apricot . Warnanya lebih lembut dan sesuai untuk dipakai sepanjang hari. 



Berminat nak tahu lebih lanjut? 

Hubungi saya sekarang! Wasap Azieera MK 018-207 3118 for FREE consultation and fast respons!

Sekian.

GAJET WAJIB ADA UNTUK ANAK MANDI KOLAM

Assalamualaikum.

Saya ni agak risau sikit nak bawak anak-anak yang bawah umur dua tahun mandi kolam. Tapi, seriously saya sebenarnya suka kalau mereka sukakan kolam.

Rasanya, saya terlewat bawak Nabihah ke tempat-tempat percutian yang ada kolam tapi, belum terlewat buat Nadeem. Nampaknya, lepas pergi ke Melaka haritu dia terlalu sukakan air kolam!

Tak susah pun nak sediakan gajet anak- anak untuk mandi kolam. Benda wajib ada :


Pelampung ni benda perlu bawak sebab memudahkan anak-anak yang tak pandai berenang sendiri tu untuk berenang dalam kolam.

Pelbagai harga pelampung ada kat pasaran, Serendah RM 8 hingga yang paling mahal. Terpulang pada pilihan masing-masing nakkan yang murah atau sebaliknya!


Swim diapers ni available saiz sebenarnya untuk bayi hingga umur 3 tahun. Terpulang bagi ibubapa yang nakkan anak-anak lebih bersopan pakai baju mandi. 

Brand Rock-Tak Baby ni awak semua boleh ke page dibawah ni ye. Cantik-cantik corak yang ada kat semua swim diapers ni. 
FB page : 
Instagram : 

Bagi saya sebab anak-anak tak biasa mandi kolam dengan baju mandi lengkap, better selesakan dulu dengan swim diapers macam ni, malah sebab taknak mereka terkencing dalam air kolam tu jugak. 

Sekarang, dah boleh pegi mandi kolam dah! Apa yang penting pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak jika ke tempat percutian yang ada kolam, pantai dan sebagainya. 

Sekian.

MARY KAY OIL FREE HYDRATING GEL YANG BEST SELLER !

PELBAGAI MANFAAT MARY KAY OIL FREE HYDRATING GEL (OFHG) .  


Psst ... Saya nak kongsi satu rahsia kulit flawless. OFHG ni berfungsi mcm moisturizer, tetapi bertindak macam kita makan supplement untuk extra care. 

Sama konsepnya, kalau yang jenis tak suka pakai moisturizer, boleh pakai OFHG ni je. Tapi kalau saya, lebih suka pakai kedua-duanya tau sebab nakkan kesan yang ketara . 

Kulit kita ni dah terdedah dengan UVA waktu kerja, so OFGH sangat penting tau. Sebagai protection dan rahsia kulit nampak naturally glowing/sihat! .


Jom kita tengok apa agaknya kegunaan & manfaat OFHG ni kepada kulit kita ...

• Texture yang ringan : Struktur gel yg ringan, lembut dan cepat meresap ke dalam kulit kita.

• Pelembap : Melembabkan kulit tanpa membuat kulit kita berminyak dan kekal lembap sepanjang hari.

• Mengawal minyak : 
Boleh digunakan untuk kurangkan penghasilan minyak dekat muka kita setiap hari.

• Asas Makeup : Also can use as makeup base ye supaya foundation dan bedak lebih tahan lama.

• Meredakan selar matahari : As a cooling gel lepas seharian kita berjemur dibawah sinar matahari sebab OFHG ni sejuk!

 • Kulit Sensitif : Meredakan radang iaitu kulit yg timbul ruam atau jerawat pasir dan kulit kering kemerahan.

• Merawat sel-sel kulit : Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baru.

• Kulit Breakout : Meredakan kulit yang pernah mengalami pengelupasan dan rosak akibat produk yang mengandungi mercury & hydroquinone (peeling product) .

Saya adalah Beauty Consultant berdaftar (ID: 140058 MY) anda juga tau! So, boleh directly wasap Azieera MK 018-207 3118 for FREE consultation and fast respons! 


Sekian.

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...