URUTAN MAMPU PERBANYAKKAN SUSU BADAN


Assalamualaikum.

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung atau baru melahirkan boleh mengamalkan urutan susu untuk melancarkan pengaliran susu. Ia adalah sebagai salah satu alternatif memperbanyakkan susu badan selain mengambil pemakanan seimbang dan melakukan sesi mengepam susu.

Ibu yang sedang mengandung seeloknya melakukan urutan susu pada usia kandungan 7 - 8 bulan kerana pada waktu inilah kelenjar susu mula aktif dan mula merembeskan hormon pengeluaran susu ibu.

Apabila melahirkan bayi, awak semua akan lebih mudah menyusukan untuk memberi susu awal atau kolostrum untuk bayi. Biasanya, susu awal ibu adalah begitu pekat dan berwarna kekuningan.

Kemudian selesai melahirkan, ibu - ibu digalakkan untuk berurut susu kembali bagi melancarkan pengaliran susu kerana ada sesetengah ibu yang mula merasai bengkak susu atau susu tersekat di payudara sukar untuk keluar.


Seeloknya, selepas sehari dua melahirkan bayi, ibu - ibu perlu terus berurut susu agar bayi kurang berisiko terkena jaundice kerana susu ibu mampu menurunkan peratus jaundice bayi.

Urutan susu secara tradisional mampu merangsang aliran susu ibu menjadi lebih banyak dan pekat. Selain itu, sekiranya ibu-ibu berasa kepenatan setelah beberapa bulan menjaga bayi sendiri dan susu badan didapati berkurangan, ibu - ibu juga disarankan untuk berurut dan banyak berehat selain menjaga pemakanan seimbang ketika menyusukan bayi.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...