COKLAT DALAM JAR CAIR MELELEH TEPI BIBIR! | CHOCOLETTO

Assalamualaikum.

Wah, sedapnya makan snek coklat sambil layan drama .. atau sambil layan masa sedang jem atas jalan! Kalau nak buat snek bila lapar waktu senggang sebelum makan malam pun bagus juga tau, sebab dapat kurangkan pengambilan makanan berat.. tak gitu!




Best sangat ke Chocoletto coklat dalam jar ni?

Apa yang bagusnya?


  • SIMPAN DI TEMPAT KERING SUHU BILIK
Mudah. Cuma perlu simpan ditempat yang kering dan mempunyai suhu bilik biasa. Tak perlu menyimpannya didalam peti sejuk.

  • TAK PAYAH DOUBLE BOILED
Biasanya, coklat jar perlu direndam di dalam air panas. Namun, untuk makan coklat jar Chocoletto anda cuma perlu gaulkan saja dan boleh terus dimakan.

  • MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI
Bagi sesetengah individu yang belajar atau bekerja kuat mengalami masalah lesu dan mudah lapar. Apabila kita makan coklat, ia sedikit sebanyak mampu memberi tenaga untuk sepanjang hari.

  • UNTUK DIET SEIMBANG
Memakan coklat pada waktu senggang antara makan tengahari dan makan malam mampu mengenyangkan. Maka, anda akan mengambil kadar makan malam dengan kuantiti sedikit sebelum masuk tidur!

  • SNEK SIHAT
Di dalam satu jar, terdapat pelbagai bijirin kaya serat seperti bubble rice, coco crunch dan corn flakes.

  • SUSU IBU LEBIH BANYAK
Bila makan coklat, mood gembira akan lebih mudah untuk dirembeskan. Maka, apabila ibu ibu berasa positif, pengeluaran susu ibu akan bertambah banyak.


Selain coklat dalam jar, Chocoletto adalah pengeluar produk seperti jem coklat Spreado, coklat ball Truffle dan juga coklat Tweest. Sesuai untuk menjadi doorgift, snek dan juga hadiah.




Antara testimoni dari pelanggan tetap dan juga gift yang telah dihasilkan melalui coklat keluaran Chocoletto ini!






Bagi yang ingin menjadikan coklat sebagai hantaran, doorgift di majlis-majlis perkahwinan, aqiqah dan sebagainya, malah untuk sambutan harijadi .. awak semua boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah ini!


Boleh follow FB page saya :
www.facebook.com/Azieera.TajulRahim

Dan

Follow Instagram saya : 

Sekian.






FAKTA MENARIK TENTANG COKLAT YANG ANDA TIDAK TAHU

Assalamualaikum.

Apapun tanggapan buruk mengenai pengambilan coklat, namun terlalu banyak kebaikan coklat yang patut saya kongsikan dengan awak semua tau! Lebih-lebih lagi sekarang awak semua dah mempunyai anak dan sedang menyusukan anak .. sebab faktanya coklat mudah merangsang emosi gembira yang menyebabkan susu badan menjadi lebih berganda-ganda!

Walau apapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang sangat baik. Meh, baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat ni .. !

1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.

3. Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4. Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6. Coklat beri mood menggembirakan sepanjang hari!

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

7. Coklat dapat meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9. Coklat boleh membuatkan anda bijak, wow!

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10. Coklat mampu mengenyangkan anda!

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.

Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.

Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.

Sekian.

BETUL KE MAKAN COKLAT BOLEH GEMUK ?

Assalamualaikum.


Sehingga kini, rasa coklat masih sukar diertikan ...



Dalam buku Emperors of ChocolateJoel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk daripada campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang utama. Malah, sebahagian daripada zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya dimakan sendirian. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.

Antara zat penghasil rasa coklat yang ada ialah lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit di bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan daripada jenis yang menggemukkan tubuh.

Walaupun tidak dapat digantikan, pemalsuan koko sering dilakukan. Koko ialah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairanlah sekiranya dapur biasa terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat dipasarkan sebagai “coklat”.

Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain pertanyaan harga, dengan memakai kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Berbanding koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung berada pada paras yang rendah. Dalam buku coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.

Coklat premium pula biasanya mengandungi sekitar 50-70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandungi lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandungi lebih sedikit kalori daripada produk coklat pada umumnya. Mungkin sebab ini jugak ada yang mengatakan bahawa coklat itu menggemukkan, hakikatnya tidak sama sekali!

Sekian.

CABARAN BUAT WANITA BERNAMA ISTERI

Assalamualaikum.

Apabila seseorang wanita itu telah menjadi seorang isteri dan ibu, hakikatnya semakin banyak cabaran, dugaan dan rintangan yang tidak pasti perlu dilalui. Bukan mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita yang telah bergelar isteri dan ibu lebih-lebih lagi ketika usia masih muda.

Walaupun saya berkahwin pada usia 26 tahun dimana pada pandangan sesetengah orang tua agak lewat, namun pada zaman moden umur sebegini dikira sudah agak matang untuk mengharungi cabaran berumahtangga ini. Belajar sudah tamat dan kerjaya juga sudah pun bermula.

Justeru, saya ingin kongsikan sedikit pesanan ini daripada FB page Tanya Ustaz. Benar. Agak sukar juga sebenarnya hendak menerima nasihat ini lebih-lebih lagi jika di suami bermasalah dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap kebajikan isteri dan anak-anak. Namun, saya juga yakin nasihat ini boleh dijadikan panduan dan dorongan agar kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan bertakwa kepada Allah.



SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi mereka ialah suami. Isteri - makhluk Allah  yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.
.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa
.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. 

Insya-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin...agar kita bkal mnjdi ketua bidadari utk suami kite d syurga kelak....lindungi walau shelai rambut...litupi walau hnya tapak kaki yg kita rsa hnya berada d bawah..tp ia yg bkal mnntukn ke syurga kah kita.

Ya Allah.....
Jadikanlah isteri yang membàca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah
Aminnn.

Sekian.

CARI HOMEMADE COOKIES SEDAP?

Assalamualaikum.

Siapa suka makan big cookies? Saya suka sangat sebab pertama kali saya jumpa around 2011 gitu ada jual pun kat Putrajaya.

Cookies yang dibuat besar-besar .. jadinya, makan sekeping dua pun dah cukup. Semalam Homemade Cookies ni jadi doorgift buat para tetamu yang hadir ke majlis kahwin uncle saudara saya sebelah umi. 

Wah, makan berkeping-keping Cik Biha dan Nadeem. Tapi, Cik Biha paling banyak makan... Saya dapat 4 keping, hari ni tinggal sekeping!


Memang confirm sedap dan berbaloi sebab rangup dan cair di mulut! Rasanya manis light light aje bagi yang tak berapa suka manis macam saya juga.



Homemade Cookies!

Untuk order sila hubungi :
019 - 3935807 - En. Azim
019 - 2432755 - Pn. Ifa





Boleh dibuat sebagai doorgift kenduri atau pelbagai majlis mahupun sebagai gubahan hantaran.

Sekian.


SUAMIKU PALING SWEET | BACA ONLINE

Assalamualaikum.

Sudah tiga hari SUAMIKU PALING SWEET bersiaran di TV3!

Walaupun ceritanya tak serancak macam tengok cerita 7 Hari Mencintaiku! Tapi, saya tetap mengikutinya... nak kata best sangat biasa-biasa aje sebab dah biasa sangat cerita drama kita pasal kahwin paksa ni! Hehehe... apapun boleh juga dilayan sesambil tunggu azan maghrib bergema. Atau mungkin ada suatu kelainan di pengakhiran kisah Qisha Iris dan Izz Haikal ni kan, siapa tahu?

Mehlah, saya nak bagi link kepada sesiapa yang suka membaca. Sekurang-kurangnya, dapat memenuhi masa lapang. Membaca tu kan jambatan ilmu! Hehehe... macam cikgu bahasa melayu sangat!

SUAMIKU PALING SWEET - Karya Anjell



Dah cukup 28 Bab untuk dibaca ... Selamat membaca ya!

Sekian.


HABIT SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG

Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni saya memang tak boleh nak lupa satu perkara ni saja... Iaitu habit sejak saya kecil sampailah sekarang! Habit atau tabiat saya paling lama dan tak boleh ditinggalkan adalah simpan barang bawah bantal. Tak kiralah barang apapun, terutamanya buku memang saya suka sangat simpan bawah bantal. Sekarang, saya simpan krim mata atau serum muka pula bawah bantal.

5 Sebab-sebab suka simpan barang bawah bantal :
  1. Senang nak cari/guna/pakai atau nak baca.
  2. Selamat tanpa gangguan sesiapa pun.
  3. Seronok sebab tersembunyi tanpa pengetahuan orang lain.
  4. Barang tu adalah barang kesayangan sangat-sangat.
  5. Tempat paling senang diingati kalau tak jumpa cari barang.

Habit atau tabiat ni biasanya kita akan terbawa-bawa sejak kecil lagi dan berlarutan hingga dah tua bangka macam saya ni... Dah 3 series dah pun, masih tak boleh tinggal habit ni!

Buat masa ni anak-anak belum nampak ada yang mengikut jejak langkah saya mempunyai habit simpan barang bawah bantal. Tengok bila mereka dah besar sikit nanti kalau ada yang mengikut! Umi saya pun dah terbiasa dengan tabiat saya ni sampai sekarang pun umi masih ingat lagi saya suka simpan pelbagai barang bawah bantal terutamanya buku.

Apa pulak habit atau tabiat awak semua? Jomlah share kisah awak pula! Seronok sangat bila dapat mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu! 

MEH, SANDAR PADA AKU | BACA ONLINE


Assalamualaikum.

Macam menarik sangat kan cerita Meh, Sandar Pada Aku! Akan datang kat televisyen tu kan...?

Buat awak yang suka membaca mungkin lagi best bila dapat baca novel sebab boleh nak feeling dalam hati ada taman sorang-sorang. Saya pun jenis hantu novel, tak kisahlah yang boleh dipegang atau baca online kalau jalan cerita best mesti nak terus baca sampai habis.




Jom baca sinopsis cerita ni dulu sebelum awak semua layan novel baca online pulak!

Meh, Sandar Pada Aku! - Karya Aifa Batrisya

Haa... Dah tak sabar pulak rasanya kan nak tengok drama Meh, Sandar Pada Aku... tapi, sebelum tu bolehlah kejar baca versi novel dulu sebab feeling baca novel dengan layan drama televisyen ni berbeza!


Sambungannya nanti saya update... 

Sekian.



TIPS PENJAGAAN 4 JENIS KULIT WAJAH

Assalamualaikum.

Sebagai wanita ni kita sangat perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit, tanpa mengira warna kulit tetapi perlu peka terhadap penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit awak semua.

Kulit kita ni sebenarnya cuma ada 4 jenis sahaja, tak kiralah awak semua duduk negara mana sekalipun, maka kalau awak semua nak dapatkan kulit yang lebih baik carilah produk yang sesuai denganjenis kulit awak semua. Macam saya sendiri, pada mulanya saya ingatkan kulit saya jenis berminyak tapi tidak rupanya! Kulit saya adalah jenis kombinasi kerana berminyak di zon T dan kering pada bahagian pipi. Sebab itulah bila duduk dalam aircond bahagian pipi saya cepat kering!

Jom tengok apakah jenis kulit awak semua dan bagaimana penjagaan harian yang disarankan oleh pakar kecantikan Mary Kay!


Kulit Normal



Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. 

Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.


Kulit Kering/Sensitif



Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa. Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit Berminyak


Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri. Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat. Bahagian hidung adalah yang paling aktif. 

Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.


Kulit Kombinasi


Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T. Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat.

Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Sekian.

CARA BELAJAR BUAT BLOG PERCUMA

Assalamualaikum.

Saya tahu awak semua ramai yang teruja sangat nak berblog tapi akhirnya terbiar begitu sahaja. Ramai kawan-kawan saya di luar sana juga serupa macam awak semua tau. Bila mereka ternampak saya sedang update blog, masing-masing teruja nak dekat, nak tau macamana saya berblog. Sampai ada yang mengaku mereka ada blog tapi tak aktif dan lama-kelamaan terbiar begitu saja!



Sekarang tak perlulah awak semua risau-risau lagi sebab awak semua boleh belajar buat blog percuma saja! Cuma perlu download ebook di bawah ni dan awak semua dah boleh berblog seperti saya. Tak perlu buang masa, cuma download saja!


Selain berblog niawak semua juga boleh menjana pendapatan sampingan. Walaupun cuma pendapatan sampingan, namun sekurang-kurangnya ia mampu menaikkan semangat awak semua untuk terus berblog tau. Maklumlah, berblog hari-hari kalau dapat sikit duit pun dah kira Alhamduillah!

Meh, saya nak ajar satu tips buat duit dengan blog!

Awak semua boleh pasang iklan kat blog untuk dapat duit dengan blog awak tu. Iklan paling senang dan mudah untuk newbie blogger pasang adalah Nuffnang sebab syarat-syaratnya sangat senang. Saya juga buat masa ini dikira semula sebagai newbie blogger atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Awak semua boleh mendaftar blog dengan Nuffnang di website https://www.nuffnang.com.my

Sebelum tu awak daftar dulu sebagai ahli Nuffnang yea... barulah boleh pasang iklan kat blog awak tu nanti. Ikut saja cara-cara dan arahan yang diberikan untuk memudahkan blog awak didaftarkan sebagai ahli Nuffnang. Butiran peribadi seperti nama dan alamat mestilah penuh dan lengkap sebab kalau pihak Nuffnang nak buat pembayaran kat awak melalui cek mereka perlukan nama dan alamat penuh awak supaya cek awak tu nanti sampai kat tangan awak dengan selamat!

Tak rugi pun berblog ni sebab saya tak pernah rasa buang masa, malah rasa seronok sebab dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan orang ramai melalui medium blog sebegini.

Selamat mencuba!

Contest ini turut disertai oleh :

  1. calrasepatrick.blogspot.com dapat bayaran RM30
  2. nonasani.blogspot.my dapat bayaran RM30
  3. missobsesi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  4. sayidahnapisah.com dapat bayaran RM30
  5. mommyfiqa.com dapat bayaran RM30
  6. bloggerlelaki.com dapat bayaran RM30
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my dapat bayaran RM30
  8. dianarashid.com dapat bayaran RM30
  9. susahsenangblogger.com dapat bayaran RM30
  10. at-tarmizi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  11. myideakini.com dapat bayaran RM30
  12. amirkhalis.blogspot.my dapat bayaran RM30
  13. sayabukancikgu.com dapat bayaran RM30
  14. messarah.blogspot.my dapat bayaran RM30
  15. jangan-bukak.blogspot.my dapat bayaran RM30
  16. fadzirazak.com dapat bayaran RM30
  17. heroborneo.com dapat bayaran RM30
  18. nikkhazami.com dapat bayaran RM30
  19. misztrex.blogspot.my dapat bayaran RM30
  20. ummizarra.com dapat bayaran RM30
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. <Url Blog>
  38. <Url Blog>
  39. <Url Blog>
  40. <Url Blog>
  41. <Url Blog>
  42. <Url Blog>
  43. <Url Blog>
  44. <Url Blog>
  45. <Url Blog>
  46. <Url Blog>
  47. <Url Blog>
  48. <Url Blog>
  49. <Url Blog>
  50. <Url Blog>
  51. <Url Blog>

PERKHIDMATAN URUTAN TRADISIONAL TEMERLOH, PAHANG

Assalamualaikum.

Amalan urutan bukan sahaja bagi masyarakat Melayu, bahkan bagi mereka yang berbangsa Cina dan India juga. Urutan boleh memberi terapi ketenangan kepada mereka yang mengalami stress dan kepenatan.



Bagi yang mengalami masalah seperti terseliuh, jatuh tergelincir, lenguh-lenguh dan terpelecok boleh baik setelah mendapatkan urutan tradisional. Selain itu, bagi sesetengah orang yang terkena strok atau mempunyai tanda-tanda akan strok juga baik untuk berurut kerana mampu memperbetul aliran darah agar lebih lancar.

Ibu-ibu yang mengalami loya semasa mengandung, kedudukan bayi terlalu kebawah, ibu sedang berpantang dan mengalami bengkak susu atau susu sukar keluar juga boleh diselesaikan dengan urutan tradisional. Jika awak semua yang memerlukan rawatan berada di kawasan berhampiran, awak semua boleh menghubungi untuk booking giliran :

Pn. Siti
016-639 6786
Temerloh/Kuala Lumpur

Harga: Urutan satu badan adalah anggaran RM 50+ sahaja.

Bagi yang berada di area Temerloh, awak boleh telefon atau sms ke nombor yang tertera di atas dan terus buat booking untuk datang berurut. Jika anda berada di Kuala Lumpur, andai bernasib baik Pn. Siti berada di sana anda boleh terus tempah untuk berurut sekiranya tidak, anda perlu buat tempahan awal.

Awak semua yang memerlukan khidmat urutan tradisional Pn. Siti boleh datang terus ke rumahnya untuk berurut. Namun, sekiranya pesakit mengalami masalah serius sahaja seperti strok boleh request untuk Pn. Siti datang ke rumah awak ya!

Pn. Siti adalah seorang tukang urut tradisional yang berkebolehan dan berpengalaman mendapat ilmu mengurut  sejak usianya masih muda.

Sekian.

KESAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA WAJAH

Assalamualaikum.

Awak nak tahu tak selain merkuri, ada beberapa jenis bahan kimia berbahaya lain yang sering digunakan oleh pengeluar produk skincare semasa pembuatannya?

Bahan-bahan kimia seperti ini amat murah dan senang didapati, maka ramailah pengeluar produk yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda untuk menggunakannya dalam produk mereka tanpa ambil kira kesannya kepada pelanggan.

Antara kesan-kesannya mengikut jenis bahan kimia adalah :









Buat adik, kakak, mommy semua... Tolong jangan guna produk skincare yang mengandungi bahan-bahan terlarang ini. Sekiranya awak semua sedang pakai, tolonglah berhenti dan rawat kulit anda dengan produk skincare organik yang lebih terjamin kebaikannya untuk kulit kita semua.

Kalau nak cerita, ramai wanita yang telah menjadi mangsa bahan kimia berbahaya ini... Kebanyakan daripada mereka memakai produk yang sedang famous di pasaran tempatan kita sekarang ni! 

Harap awak semua maklum tak perlulah saya nak sebut satu-persatu karang tak pasal-pasal saya pulak di saman oleh mereka. Baca sini kalau nak tahu produk skincare yang awak  guna tu ada kandungan merkuri atau tidak!

Sekian.

CARA SEMAK ONLINE BONUS TABUNG HAJI

Assalamualaikum.
Bagi awak yang ada akaun Tabung Haji dan telah melakukan pengaktifan e-Thijari, awak semua dah boleh semak bonus dalam akaun Tabung Haji ye. Khabarnya, semakan boleh dibuat bermula 4hb Februari lalu, namun saya sendiri baru membuat semakan semalam pada 6hb Februari iaitu semalam.

Kalau awak masih belum aktifkan e-Thijari, lebih baik aktifkan sekarang di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan sebab tak perlulah berbaris panjang bagai nak semak bonus. Dah ada cara mudah ni, buat di rumah sahaja semuanya selesai!

Cara-caranya :


Masukkan ID dan password yang diberikan oleh pihak TH. Jika perlu awak boleh tukar password sendiri yang lebih senang untuk diingati.


Kemudian anda pilih menu DEPOSIT dan ke pilih di bawah PENYATA AKAUN.


Silalah masukkan no. akaun Tabung Haji anda sendiri dan ni. kad pengenalan. Pilih bulan 02-2017  dan awak terus klik pada butang semak.

Akan keluar penyata bonus dan bonus haji yang ada dalam akaun awak nanti!


Jangan lupa logout ye sebelum nak pangkah... Nanti tak pasal-pasal je semua orang tau awak punya $$$ dalam akaun tu!

Kalau umi abah saya, mereka tak tahu guna cara ni... Boleh saja saya nak tolong buat semakan tapi mereka mesti nak pergi jugak berurusan dengan kaunter Tabung Haji cawangan Temerloh tu, rindu katanya!

Sekian.

PUNCA MEROYAN SELEPAS BERSALIN


Assalamualaikum.

Ngeri bila dapat berita beberapa hari lepas tentang bayi dua bulan yang dikelar oleh ibunya sendiri. Difahamkan mangsa bukanlah anak sulung, mangsa adalah anak ketiga dan memiliki 2 orang lagi saudara kandung lain. Sedih. Sebagai seorang yang telah bergelar ibu, saya sendiri sedih mengenangkan nasib yang menimpa arwah Nur Areesa Sofea. 

Namun, ada segelintir pihak yang menuding jari mengatakan ibu mangsa sengaja membunuh mangsa. Maaf cakaplah... Kalau belum pernah merasai sakit perit dan kesukaran mengandung, bersalin, berpantang dan menguruskan anak kecil, tolonglah jangan bercakap perkara yang boleh menyinggung hati mana-mana pihak.


Kes seperti ini bukan yang pertama kerana beberapa tahun lalu, tragedi yang lebih kurang sama berlaku pada tahun 2012, namun mangsanya adalah ibu yang baru sahaja 10 hari melahirkan anak. Kerana kecewa gagal menyusu badan, ibu tersebut yang berasa tertekan dengan dirinya sendiri lalu terjun dari tingkat 26 pangsapuri rumahnya.



Dalam tempoh seperti ini, ibu yang sedang berpantang sepatutnya mendapat sokongan dari suami dan ibunya mahupun ibu mertua. Paling penting suami jangan sesekali lepas tangan, perlu beri sepenuh perhatian terhadap isteri yang emosinya masih belum stabil. Ambil cuti sekiranya perlu untuk beri sokongan terhadap isteri.

Meroyan atau gila meroyan ini sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu kita apabila seseorang wanita lepas bersalin mengalami gangguan emosi yang ketara hingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental. Walaupun ada yang mendakwa bahawa penyakit ini hanya berlaku terhadap wanita biasa, namun pakar perubatan menegaskan bahawa penyakit ini boleh berlaku terhadap golongan wanita profesional juga.

Gejala meroyan dikaitkan terhadap wanita semasa dan selepas berpantang. Ia berlaku terhadap 85 peratus wanita, namun berlaku secara ringan, cepat reda dan tidak perlu dirawat. Bagi segelintir iaitu 10 peratus lagi wanita memerlukan rawatan pakar akibat meroyan yang teruk dan amat mendalam.

Gangguan perasaan selepas berpantang pula terbahagi kepada 3 tahap :

Postpartum Blues-Perubahan Emosi

Masalah gangguan perasaan yang normal dan tidak membahayakan. Berlaku pada hari ketiga hingga kelima dalam tempoh berpantang dan biasanya akan reda pada hari ke 10. Keadaan ini boleh berlaku pada kelahiran pertama atau yang seterusnya, kerana setiap kelahiran bayi adalah berbeza.

Postpartum Depression-Kemurungan

Gejala kemurungan berlaku lebih teruk dan memerlukan rawatan pakar. Biasanya wanita yang mengalami kemurungan boleh membawa bahaya terhadap diri dan juga bayinya. Kemurungan boleh berlaku akibat keguguran, atau kematian bayi di dalam atau diluar kandungan. Keadaan ini boleh terjadi selepas sebulan bersalin dan berlarutan sehingga selepas setahun.

Postpartum Psychosis-Gila Meroyan

Gangguan perasaan atau jiwa paling teruk hingga boleh mengakibatkan kecederaan pada diri sendiri, bayi dan orang di sekelilingnya. Masalah psikosis yang berlaku terhadap wanita selepas bersalin adalah berbeza dengan masalah psikosis yang berlaku dalam masyarakat umum kerana ia melibatkan proses bersalin. Meroyan yang terlalu teruk membuatkan wanita tersebut membenci bayinya, mengatakan bayinya cacat sedangkan tidak, mendapati bayinya membawa sial dan sebagainya. Ada juga wanita yang tidak mahu melihat bayinya sendiri, tidak mahu menjaga dan menyusui bayinya juga. Mereka juga akan mendapat gangguan suara-suara ghaib yang mengejek dirinya, menyuruh membunuh bayinya dan sebagainya.

Melalui beberapa kajian mengatakan, urutan selepas bersalin dan bertungku dapat meredakan emosi wanita dalam berpantang yang kurang stabil. Dengan kaedah urutan dan bertungku, wanita muda boleh meluahkan perasaan  dengan berbual dan bercerita sekurang-kurangnya 2 jam semasa berurut dan juga bertungku pada minggu pertama selepas melahirkan bayi.

Buat awak semua yang bakal bergelar ibu atau sudah bergelar ibu, sentiasa bersedia untuk mengalami perubahan persekitaran selepas bersalin. Banyakkan membaca, mencari maklumat tentang penjagaan selepas bersalin dan rujuklah kepada ibu atau ibu mertua atau bidan bersalin tentang rawatan ketika berpantang, minta bantuan orang paling rapat untuk menguruskan kita sepanjang 44 hari semasa berpantang dan minta sokongan suami dalam menguruskan hal-hal semasa proses bersalin dan selepas kelahiran anak nanti. 

Satu lagi saya nak pesan agar tidak  terlalu berharap sepenuhnya kepada suami yang tidak akan memahami semua keadaan isteri ketika melahirkan, kerana mereka bercuti untuk beberapa hari atau seminggu dan akan sibuk bekerja selepas itu, suami tidak mampu untuk menjaga kita dan anak-anak sepenuhnya kecuali jika mereka bercuti. Kerana itulah jika sudah tiada ibu atau ibu mertua... Minta bantuan ahli keluarga yang lain atau orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan makan minum dan berpantang kita selama 44 hari tersebut.

Sepanjang berpantang pula, walau dalam keadaan nifas dan kotor kita masih boleh perbanyakkan istighfar, berzikir, membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Surah-surah lazim dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Semoga tiada gangguan makhluk halus dan kita mampu mengawal emosi dari perkara-perkara yang boleh membawa kemudaratan. Wallahua'lam.

Sekian.


KENALI JENIS KULIT DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum gorgeous ladies! 

Hari ni saya nak share tentang jenis kulit.  Supaya uols tahu mengenali jenis kulit masing-masing. Betapa pentingnya kita untuk tahu jenis kulit kerana senang untuk kita menyesuaikan jenis produk berdasarkan jenis kulit kita.

KULIT NORMAL
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah,  tekstur kulit juga sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat,  jeragat atau bintik hitam.

KULIT KERING/SENSITIF
Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang.  Jadi wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan memberi efek yang sangat tidak selesa. 

KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga ianya jelas tampak diwajah.  Kilatan yang dihasilkan memberi impak yang buruk. Liang pori yang besar menyebabkan mudahnya terjadi jerawat.
 
KULIT KOMBINASI
Ia mengabungkan ketiga tiga jenis kulit . Normal,  berminyak dan kering. Biasanya Tempat yang kering adalah disekitar pipi dan berminyak dibahagian dahi serta hidung.

Sekarang, mudahkan untuk mengetahui jenis kulit wajah kita ni. So, lepas ni awak semua dah boleh kenalpasti kulit masing-masing supaya senang nak pilih produk yang bersesuaian dengan kulit nanti.

Produk Mary Kay telah diformulasikan mengikut jenis kulit kita. Kerana kita semua di seluruh dunia hanya memiliki 4 jenis kulit ini sahaja. 

Sekian.

MACAMANA HEALING CRISIS BERLAKU

Assalamualaikum.

Please take note!

Healing Crisis atau krisis penyembuhan,  ia terjadi apabila berlakunya tindak balas antara kulit dengan produk yang digunakan.

Organik tapi ada healing crisis? Apa sebabnya?

Ya,  semestinya produk yang organik itu akan menampilkan kesan healing crisis.  Organik tidak menggunakan bahan kimia berbahaya yang mampu mengunci sel kulit untuk mengeluarkan toksin atau racun yang tersimpan dalam lapisan kulit. Maka, proses detox akan mengeluarkan semua yang terperangkap di dalam lapisan demi lapisan kulit awak semua. Sebab itulah krisis penyembuhan yang berlaku kelihatan agak teruk dan adakalanya kulit seolah-olah terselar atau sunburn.

Contoh mudah jika tidak faham penerangan di atas :

Jika kereta anda calar,  anda boleh menutup kesan calar hanya dengan semburan bahan kimia yang boleh menutup di kawasan yang calar.  Tetapi,  jika anda ingin menukar cat kereta anda,  cat yang lama perlu dikikis dan mengambil masa untuk dibersihkan dan digantikan dengan semburan cat yang baru.

Produk yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, hidrokuinon dan sebagainya, selalunya tidak akan menghasilkan healing crisis ini.  Kulit anda tidak dirawat tetapi sel kulit anda dimatikan dan toksin yang tersimpan tidak akan mampu keluar dan hasilnya tidak mustahil akan terjadinya kanser kulit.

Bebaskan toksin,  jangan takut terjadinya healing crisis tapi takutlah pada produk yang membuat anda cantik tetapi membunuh sel kulit anda. Kulit yang normal itu sesekali akan menghasilkan jerawat.

Tidak perlu menyalahkan produk organik atau produk bebas bahan kimia berbahaya kerana healing crisis yang berlaku. Healing crisis yang terjadi adalah proses  yang perlu dilalui untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan normal seperti sediakala tanpa gangguan bahan kimia berbahaya lagi!

Baca sini juga bagaimana nak tahu produk skincare ada kandungan merkuri

Sekian.

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...