BEBERAPA KESILAPAN SERING DILAKUKAN PENIAGA ONLINE


Assalamualaikum.

Jom ambil tahu beberapa KESILAPAN AWAL PENIAGA ONLINE dalam mempromosikan produk masing-masing!

Tanamkan di minda, DILARANG sama sekali melakukan kesilapan seperti ini:

1) POST GAMBAR DAN TAG KAWAN KAWAN

Ramai sekarang trend dok buat macamni kat kawan-kawan yang awak kenal dan juga tidak. Cara macam ni kena jaga-jaga...
Sebab akan buat org menyampah dengan kita. Takkan tiap kali post gambar perlu tag mereka? Silap silap haribulan mereka unfriend atau blok awak terus. 

Tak semua suka bila kita buat macam tu sebab masing-masing ada hak untuk memilih samada kawan-kawan tak kisah awak tag dia beribu kali sekalipun atau mereka kisah dan tak suka wall mereka diganggu iklan yang berterusan.

2) TAK PENUHKAN KUOTA FRIENDS DI FB

Friends baru ade 1000 lebih, tapi... 
Alahai sayang, rugi awak tak penuhkan kuota tu. Awak lebih rela lagi nak tag kawan-kawan awak yang tadi tu. Pergilah... penuhkan kuota friendlist awak ye, buka page page online shop yang actif. Contoh seperti: lazada, zalora, bella ammara, aidijuma, dan macam-macam lagi la yg famous. Add dari situ aje... Sebab semua yang likes tu ternyata suka cuci mata tau!

3) SINGKATAN PERKATAAN TERLALU BANYAK

Nak berbisnes, elok taip full. Kalau boleh sebijik-sebijik perkataan tu. Jangan la terlalu shortform sampai orang nak baca pun terlalu susah nak faham. Nak berniaga atau nak wasap kawan kawan guna bahasa macam tu? Kalau saya kan awak baca bahasa shorform yang melampau tu... Saya tak tengok dah iklan tu terus.

4) KURANGKAN GUNA TERLALU BANYAK EMOJI DALAM 1 POSTING.

Jangan guna terlalu banyak. Ada setengah penjual, 1 ayat 1 emoji. Allahu,  berpinar mata orang nak baca posting awak tu nanti. Naik lemas rasa mata nak pilih mana satu ayat mana satu emoji awak nanti hehehe! Saya cadangkan awak letak emoji pada awal posting atau akhir posting sahaja.

5) TERLALU KERAP POST GAMBAR PRODUK.

Jangan terlalu kerap post gambar produk. Selang selikan dgn testimoni. Bila orang dah mula tahu kita jual apa, org mesti nak tahu sejauh mana keberkesanan produk yg kita jual. Jadi, buat 1 album khas untuk testimoni produk kita. Setiap hari upload testimoni 2 atau 3 kali. Upload juga setiap aktiviti kita, pergi post barang. Pergi cod. Itu semua utk tmbah kepercayaan customer

6) JANGAN 24 JAM POSTING AYAT

Awak jual online, tapi setiap masa awak posting ayat sahaja. Macam mana customer nk tahu apa produk yg awak jual? Pagi wish good morning. Tengah hari cerita pasal produk. Malam awak post pasal customer suka bla bla. Tapi awak tak share rupa produk awak lebih-lebih lagi gambar produk tu seketul pun tak ada. So, macam mana mereka nak kenal? Untuk customer beli mereka harus selalu NAMPAK.

7) NAMA, PROFILE PICTURE, COVER PHOTO
 
3 benda penting ni saya pernah bagi tips dulu. Gunakan nama anda sendiri. Jangan guna nama seperi cahaya salju, cik surihati apa benda semua tu. Kenapa nama penting? Orang mula membeli dengan kepercayaan. Nama awak pun macam tu, ingat mereka yakin nak beli? Macamana nak bina kepercayaan antara awak dengan pelanggan? 

Saya sendiri pun kalau nak beli online, mesti nak kenal juga sikit-sikit background seller tu, nama dia.. duduk mana.. apa aktiviti family dia.. start from that, saya mula bina kepercayaan pada seller tersebut. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak penipu besar!

Guna profile picture gambar sendiri. Letaklah gambar awak yang cun-melecun tu... Ini untuk meyakinkan customer bahawa mereka membeli dengan trusted online seller. Contoh: Awak guna gambar bunga matahari untuk profile picture, customer nak beli dengan bunga matahari?

Cover photo, gunakan gambar yg melambangkan awak berniaga. Letak gambar produk cantik-cantik, edit no handphone awak buh kat gambar.

Semoga bermanfaat semuanya... Saya cuma berkongsi untuk membuka minda anda agar lebih peka!

Sekian.


DAPATKAN SEMULA CPUV NUFFNANG


Assalamualaikum.

Saya ni dah mula berjinak-jinak untuk berblog sejak penghujung tahun 2012 lagi tapi saya kurang aktif memandangkan saya bekerja dan tiada line internet di rumah.

Mulanya, saya join Nuffnang sebab blogger lain join. Saya tak tahu langsung apa itu Nuffnang! Bila saya baca betul-betul info di website Nuffnang, barulah saya tahu fungsinya buat blogger.

Lebih-lebih lagi blogger newbie dan picisan seperti saya ni!

Pada mulanya saya cuma pernah kumpul 0.20 sen sahaja. Sampai satu tahap saya dah boleh jana side income dari berblog dengan Nuffnang.

Tapi... Saya terpaksa padam blog lama sebab ada masalah dengan account google. Sekarang ni... Merangkak jugalah nak naikkan balik cpuv sebab blog baru. Nak raih kepercayaan dari Nuffnang semula memang kerja kuatlah!

Baru-baru ni saya dapat semula 4 cpuv untuk blog... Itupun dalam masa 3 bulan saya berblog ni. Saya cuma berharap... Nuffnang murah hati lagi lepas ni bagi saya lebih banyak cpuv!


Buat blogger newbie macam saya ni ... Elok sangat mulakan mendaftar dengan Nuffnang, belajar bagaimana nak dapat side income dari Nuffnang sebelum mendaftar adSense, innity dan sebagainya!

Sekian.

MENU SEDAP AIR TANGAN BONDA

Assalamualaikum.

Dulu kan masa kecil... Kita selalu makan masakan ibu, tak kiralah semasa sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Sampai kadang-kadang kita rasa nak sangat beli makanan kat gerai-gerai tepi jalan, nak sangat makan makanan kat luar sebab nak juga tukar selera. Masa tu rasa muak ke kita dengan masakan ibu? Kita rasa bosan ke sebab makan masakan yang sama setiap hari?

Sampai kita sanggup nak beli makanan dari luar... nak pergi makan kat luar lebih-lebih lagi bila dah pandai berkawan dan ramai member pakat-pakat ajak join mapley! Restoran sana masak terbaik! Sini pulak ala-ala hipster! Jom pekena western food! 

Masakan ibu dari dulu sampai sekarang macam tu juga.

Sampailah kita dewasa, masa tu tak kahwin lagi... Masakan ibu masih juga sama. Kita pulak dah kerja, dah ada duit sendiri dalam poket banyak. Pergi kerja sikit pun kita tak jamah masakan ibu, ' Alah bu... tak sempatlah, orang nak cepat ni!' sedangkan sampai aje ofis kita ajak member sebelah turun minum kat kafe. Makan tengahari sudah semestinya di ofis juga. Bila lewat petang menjelma sedang kita masih buat kerja ofis... Kita ambil keputusan makan malam di kafe berhampiran ofis juga.

Alasannya, kerja ofis setiap hari banyak. Balik pun lambat, nak sampai rumah dah tengah malam. Mana sempat nak makan kat rumah. Lagipun... Bila-bila pun boleh makan kat rumah, ibu tetap masak hari-hari!

Tiba masanya, kita pun dah kahwin. Kita ada suami/isteri sendiri. Samada kita sendiri masak... atau isteri kita masak... Kita kena makan, kalau tak nanti membazir dan kecil hati orang yang masak tu walau tidak sesedap mana. 

Kita dah ada anak, kita mula masak pula untuk anak dan mereka terus membesar di hadapan mata kita. Mereka makan dengan berselera masakan kita. Kalau selera anak berubah tiba-tiba, mereka tak mahu makan masakan kita... mereka sakit mereka tolak masakan kita... terasa juga hati kita sedang anak-anak ni masih kecil lagi.

Masa tu... Kita pun teringat masakan ibu kita selama ni. Sudah lama rasanya tak rasa masakan ibu. Kita rasa rindu dengan menu sedap ibu!!

Ibu selalu masak pelbagai jenis lauk pauk dan kuih-muih asalkan kita makan menu yang dia sediakan. 

Tapi kita dah besar, kita ada kawan, kita ada kekasih... Kita nak makan dengan mereka! Kita tak nak lagi makan dengan ibu!

Walaupun dulu kita rasa bosan dengan masakan ibu. Tapi hari ini, kalau boleh hari-hari kita nak makan masakan ibu. Bila kita sendiri jadi ibu atau ayah... Barulah kita tahu menghargai masakan ibu sendiri. Betapa sedapnya lauk hasil air tangan ibu walaupun cuma telur dadar goreng yang ibu masak untuk kita!

Kalau boleh sekarang ni kita rasa macam nak duduk dengan ibu sebab nak rasa masakan ibu yang sedap sangat tu! Lebih-lebih lagi kalau kita rasa tak berapa sihat ... Bila ibu masakkan untuk kita, terus kita cepat sembuh!

Begitu ajaibnya tangan ibu! Air tangannya begitu berharga... Begitu mulia hingga sakit kita boleh sembuh sebaik ibu menyuap kita makan... mengusap tangannya pada dahi dan juga rambut kita. Sejuk tangan ibu yang baru selesai wudhuk buat kita rasa selamat disisinya bila kita salam.

Bila balik kampung jumpa ibu dengan keluarga sendiri, ibu dah sedia macam-macam bekal untuk kita bawak balik. 

Lauk pauk pula ibu dah sedia awal-awal bila tahu kita sekeluarga nak balik rumah. Kalau musim buah-buahan, ibu dah siap kaitkan buahnya untuk kita... ibu dah siap simpankan untuk setiap anak-anaknya. Supaya nanti senang bila anak, menantu dan cucu balik kampung semuanya dah tersedia untuk dimakan. 

Bila kita sampai rumah kita sendiri, cepatnya kita dah rasa rindu pada ibu... Kita panaskan gulai ibu bagi, isteri kita panaskan lauk pauk ibu bekalkan tadi, kita sekeluarga pun makan masakan ibu... kita rasa seperti tinggal di rumah ibu semula. 

Rasa-rasanya nanti macam ni jugalah anak-anak kita kan? Bila kita dah tua... Bila mereka semua dah ada keluarga sendiri... Mereka pasti akan rindu air tangan bonda mereka nanti!


Tanggungjawab kita...

Muliakanlah seorang ibu walaupun dengan merasai masakan air tangan mereka membuatkan mereka gembira dan redha dengan kita.

Sekian.



INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI 29 JAN 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, nampaknya cuaca kelihatan begitu baik sejak semalam hingga ke hari ini. Matahari sudah mula keluar walaupun kadangkala mendung.

Khabar terbaru sejak petang semalam juga, air sungai Pahang sudah semakin surut cuma air di paya semakin naik akibat limpahan air sungai Pahang tempohari. Begitu juga dengan bandar Temerloh, ada tempat agak rendah masih tenggelam teruk dan ada tempat yang sudah beransur pulih.



Jalan di Kg Berhala Gantang masih bertakung air sungai yang bercampur air paya. Hanya kereta jenis pacuan empat roda yang mampu meredah untuk keluar ke bandar atau masuk ke kampung kerana air masih takat paha.

Beberapa kampung seperti Telok Ira, Berhala Gantang, Sanggang Seberang, dan beberapa lagi yang berhampiran sungai Pahang sememangnya terjejas teruk walaupun tidak secara keseluruhan, namun ada tempat yang begitu teruk kerana air sungai Pahang yang melimpah mengakibatkan paras air di kampung naik hingga ke paras dada orang dewasa.



Gambar diatas adalah di hadapan rumah saya sendiri, nampaknya air banjir telahpun surut apabila melihat daun-daun getah dan pokok buluh yang berwarna coklat bekas lumpur.

Semoga cuaca baik ini mampu mempercepatkan proses pemulihan banjir yang berlaku baru-baru ini. Semoga tiada gelombang kedua seperti yang diwar-warkan sebelum ini harapnya. Amiin.

Sekian.


BUDAK LEMAS DALAM AIR BANJIR DEPAN RUMAH

Assalamualaikum.

Risau sungguh bila tiba musim banjir begini sebab anak-anak kecil tak kira usia teruja melihat air banjir yang penuh di sekitar rumah.



Kejadian lewat petang semalam di Pekan, Pahang, apabila seorang bayi perempuan berusia 20 bulan telah ditemui lemas di depan rumahnya sendiri. Allahuakbar!

Bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.17 malam. Pihak hospital dikatakan membuat bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut.

Musibah banjir juga boleh mendatangkan pelbagai musibah lain juga. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati kerana sifat semulajadi anak-anak kecil ini sememangnya sukakan air. Tak kiralah air dalam kolam, dalam sungai, dalam baldi, malah air banjir juga.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Sekian.

GOOGLE DI TAHUN BARU CINA


Assalamualaikum.

Wah, Google hari ni pun dah bertukar sambut tahun baru cina ... !



Tahun ni adalah tahun ayam, tahun ini adalah simbolik kepada tahun di mana dikatakan 2017 adalah tahun 'kuat kerja', untung besar, kekayaan dan beberapa simbolik lagi bagi masyarakat yang menyambutnya.

Sekian.


CUTI-CUTI TAHUN 2017

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat untuk merancang cuti masing-masing kan... Walaupun, kita semua baru berada di penghujung bulan Januari 2017.

Ke mana dan bila kita nak bercuti tahun ini? Bolehlah merancang awal-awal bagi yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah.


Tapi bagi saya, yang mempunyai anak-anak masih kecil, seeloknya merancang cuti bukan pada hari cuti umum dan weekend sebab tak nak bersesak-sesak dengan anak-anak kecil yang tak menentu ragamnya!

Sekian.

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ada kes tentang ibu muda yang putus puting payudara akibat digigit oleh bayinya yang berusia 2 tahun. Tentu awak semua tertanya-tanya mengapa boleh terjadi perkara sebegitu?

Mengapa bayi tersebut boleh menggigit hingga menyebabkan kecederaan ada sebabnya. Antaranya adalah :

  • Bayi nak tumbuh gigi

Biasanya, bayi mengalami gatal gusi seawal 4 bulan dan mereka mula tumbuh gigi hingga genap usia dua tahun. Walhal, bayi yang belum tumbuh gigi juga suka menggigit menggunakan gusi mereka. Tidak hairanlah jika sudah mempunyai gigi, mereka suka untuk menggigit.

  • Bayi inginkan perhatian

Ketika sedang menyusukan bayi, kadangkala ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi. Ada bayi yang suka apabila ibu mereka bercerita, mengusap dan bergurau ketika sedang menyusu. Ibu tidak boleh sesekali leka semasa penyusuan sedang berlangsung walaupun ibu berasa lebih relaks, namun seeloknya beri tumpuan pada bayi yang sedang disusui.

  • Tidak puas hati

Semakin bayi membesar, kuantiti susu semakin berkurangan sesuai mengikut tumbesarannya kerana bayi sudah boleh mengambil solid food seawal 6 bulan. Kemudian mula makan nasi apabila umur setahun. Maka, bagi bayi yang suka menyusu lebih daripada makan mahukan kuantiti susu yang lebih banyak dan mereka juga suka menggigit seolah-olah geram dengan puting susu.

  • Cara penyusuan

Perlu diingat bahawa gaya penyusuan yang betul untuk memberi kepuasan maksimum. Jika terdapat kesilapan dalam gaya/cara penyusuan memungkinkan bayi marah kerana tidak dapat menghisap susu sepenuhnya dari payudara ibu. Baca sini cara penyusuan yang betul.


Menggigit payudara memang perkara biasa, namun ibu juga harus tahu bagaimana untuk mengelakkan daripada kerap digigit. Ibu boleh memicit hidung bayi seketika sehingga mulutnya terbuka dan cepat untuk menjauhkan payudara dari mulut bayi. 

Cara lain, awak boleh masukkan jari manis atau kelingking untuk menukar puting payudara kepada jari untuk digigit atau cuba melekakan bayi dengan menggigit teether supaya dia kurang menggigit semasa melakukan penyusuan secara direct feeding. 

Sekiranya berlarutan gigitan yang dilakukan hingga menyebabkan kecederaan, lebih baik awak semua terus pisahkan susu sekiranya cukup umur bayi 2 tahun. 

Sekian.

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI

Assalamualaikum.

Nampaknya, air sungai dah mula naik dan ada sesetengah tempat dah melimpah ke jalan. Kawasan sebelah Lebak, Telok Ira dah ditutup jalannya. Kereta/ motor tak dibenarkan untuk masuk ke kawasan kampung dan penduduk di kawasan kampung tidak dapat keluar ke bandar.

Kampung lain, air sungainya masih belum melimpah ke jalanraya, termasuk kampung saya. Cuma kami semua terkepung tidak boleh keluar ke mana-mana lebih-lebih lagi ke bandar Temerloh. Hujan masih turun walaupun dalam keadaan renyai-renyai.

Semoga hujan reda hendaknya, bermakna air sungai juga cepat surutnya, walaupun ada sesetengah tempat yang sudah pun melimpah.




Gambar diambil sekitar jam 8.40 pagi hari ini. Kebanyakan bot melalui sungai untuk melihat keadaan banjir di sepanjang sungai di Temerloh.


Info 26/1/2017 adalah info terkini dari public info banjir.

Buat masa ni hujan telah berhenti, namun cuaca mendung masih menyelubungi. Daerah seperti Lipis, Kuantan, Jerantut dan Maran kebanyakan mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Sekian.




INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017

Assalamualaikum.

Sejak malam semalam hujan masih tak berhenti hingga ke malam ni. Berterusan walaupun kadangkala renyai dan lebat sangat. Sejuknya, sampai ke tulang sumsum... kejang segala urat yang ada. Nak mandi pun menggigil-gigil menahan sejuk air macam mandi air batu rasanya!

Sungai sekitar Temerloh, Pahang pada 24/1/2017


Ramai juga orang kampung di sekitar Temerloh yang mula bimbang sebab dikatakan air sungai di beberapa kawasan di negeri Pahang telah mula naik. Di dalam berita juga menunjukkan banjir telah merebak ke beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Ini adalah info pada 24/1/2017 tentang paras air sungai yang telah mula naik :


Jika hujan masih berterusan, dikhuatiri air sungai akan naik dan melimpah boleh mengakibatkan banjir seperti tahun sebelumnya yang paling buruk melanda negeri Pahang.

Berdoalah semoga hujan reda agar tidak berlaku banjir besar seperti tahun yang sebelumnya. Semoga air sungai Pahang seperti sediakala. Apapun, penduduk negeri Pahang dinasihatkan agar membuat persediaan awal sekiranya banjir melanda.

Sekian.

KISAH HIDUP RAZIA SULTAN


Assalamualaikum.

Minggu ini adalah minggu akhir bagi drama bersiri Razia Sultan yang ditayangkan di TV3.



Saya nak cerita serba sedikit info lebih lanjut tentang sejarah kesultanan Razia yang diadaptasi dalam drama bersiri Razia Sultan ini. Sebab ramai yang tertanya-tanya, siapakah Razia Sultan? Benarkah wujud kisah hidupnya? Atau bagaimanakah kehidupan Razia hingga mampu bergelar Sultan?

Razia atau gelaran penuhnya Jalalatuddin Raziyya asalnya adalah seorang puteri kesultanan Delhi, baginda adalah seorang wanita berketurunan Turki dan Delhi yang begitu luar biasa kehebatannya. Baginda dilantik sebagai Sultan wanita pertama dan terakhir kesultanan Delhi oleh ayahandanya melalui persetujuan ahli warisnya dan sokongan rakyat jelata. 

Didikan yang diberikan sendiri oleh ayahandanya, Shamsuddin Iltumish sejak kecil hingga usianya 13 tahun menjadikannya seorang puteri yang bijaksana, berani dan pemurah. Razia tidak seperti kebanyakan puteri pada ketika itu, kerana masanya banyak dihabiskan dalam mempelajari dan melaksanakan hal-hal pentadbiran negara sekiranya diminta oleh ayahandanya.

Razia mempunyai seorang saudara berlainan ibu, bernama Ruknuddin Firuz dari wanita bernama Shah Turkan. Baginda juga memiliki saudara kandung lain bernama Muizuddin Bahram dari wanita bernama Nadira Begum yang telah bercerai dengan ayahandanya sebelum dimahkotakan sebagai pemegang takhta Delhi. Razia pula adalah anak daripada ibunya Qutub Begum iaitu permaisuri Sultan Iltumish, dia adalah anak kepada pemerintah kesultanan Delhi ketika itu iaitu Qutbuddin Aibak yang dikahwini oleh Shamsudin Iltumish setelah bercerai dengan Nadira Begum.

Selepas kematian Qutbuddin Aibak, naik pewarisnya Aram Baksh namun pemerintahan dibawahnya kucar-kacir serta tidak berjalan dengan lancar dan melalui persetujuan golongan Amir Turki, Iltumish yang berada dalam golongan bangsawan Turki ini telah dilantik menaiki takhta bagi menggantikan pemerintahan Qutbuddin Aibak yang telah mangkat.

Iltumish adalah seorang yang cekap, berani dan berfikiran liberal. Pendapatnya terhadap kebolehan setiap kanak-kanak sejak kecil dalam seni mempertahankan diri dan pendidikan mereka adalah lebih suka mengejar keseronokan, berbanding puterinya Razia yang cekap mempertahankan diri dan bijak belajar. Baginda melihat dalam diri Razia dan kakanda-kakandanya yang lain, ternyata walaupun Razia adalah kanak-kanak perempuan, kebolehan yang ditonjolkan adalah berbeza daripada dua lagi kakandanya.

Jelas dalam fikiran Sultan Iltumish untuk menjadikan Razia sebagai wanita pertama yang layak untuk meneruskan takhta kesultanan Delhi. Sultan Iltumish kemudiannya telah menamakan Razia sebagai calon pewaris takhta selepas kematiannya kelak.

Oleh itu, walaupun Ruknuddin Firuz adalah kakanda  kepada Razia, namun tidak layak untuk memerintah kesultanan Delhi memandangkan tiada sifat kepimpinan dalam dirinya. Muizuddin pula dilihat sebagai kakanda Razia yang tidak pernah terdidik dalam hal-hal berkaitan pentadbiran negara. Maka, Sultan Iltumish lebih mempercayai kebolehan Razia dalam soal pemerintahan yang adil dan saksama.

Pada 30 April 1236, Shamsuddin Iltumish telah disahkan mangkat. Asalnya, Razia perlu menaiki takhta mengikut persetujuan ahli warisnya tetapi telah mendapat tentangan dari golongan bangsawan Muslim dan Ruknuddin Firuz telah menaiki takhta. Dalam tempoh pemerintahannya, Ruknuddin adalah seorang pemerintah yang zalim dan tidak tahu langsung memerintah.

Baginda cuma memerintah semata-mata mahu memuaskan nafsunya dan nafsu ibunya, Shah Turkan yang tamak haloba. Pemerintahannya cuma bertahan selama 6 bulan sebelum Razia berjuang dalam meraih sokongan rakyat jelata untuk mengambilalih pemerintahan kuku besi dari Ruknuddin Firuz pada 9 November 1236. Akhirnya, Ruknuddin Firuz dan ibunya, Shah Turkan telah dihukum mati.

Kemudian, pada 10 November 1236 Razia mula mengambilalih pemerintahan kesultanan Delhi. Baginda dikreditkan sebagai pemerintah yang sangat adil, menitikberatkan pendidikan dan murah hati. Namun, sayangnya pemerintahan baginda tidak bertahan lama akibat menjadi mangsa konspirasi perebutan kuasa pihak yang cemburu dengannya.

Sultan Razia cepat membina kekuasaannya dengan memerintahkan wang syiling yang digunakan pada ketika itu dicetak namanya sebagai 'Sultan Razia anak perempuan Shamsuddin Iltumish'. Kemudian, baginda banyak mendirikan pusat-pusat pendidikan bagi seluruh rakyat jelata yang beragama Islam dan Hindu.

Sebagai Sultan, baginda tidak lepas dengan fitnah dan sifat cemburu orang di sekelilingnya. Razia dikatakan begitu pilih kasih terhadap seorang hamba berketurunan Habsyi/Abbissiniyan yang bernama Jamaluddin Yaqut. Ada beberapa pihak mengatakan mereka berdua juga saling bercinta.

Oleh kerana berlaku ketidakpuasan hati, Malik Altunia dari wilayah Bhatinda telah menawan Delhi dan berlaku peperangan antara Razia dan Malik sehingga Yaqut terkorban dalam peperangan antara mereka. Razia pula mengalami kekalahan dan berlaku penangkapan terhadap Razia oleh Malik Altunia. Razia dijadikan sebagai banduan dan dipenjarakan di Qila Mubarak, Bhatinda oleh Malik Altunia.

Hakikatnya, Razia dan Malik Altunia adalah teman sepermainan dan mereka saling mencintai dalam jangkamasa yang sangat lama. Kerana rasa tidak puas hati terhadap layanan berlebi-lebihan Razia terhadap Yaqut, memaksa Malik Altunia menyerang Delhi. Walaupun Razia adalah tahanan di Bhatinda, namun baginda dilayan sangat baik oleh Malik Altunia hingga mereka mengikat tali pertunangan. Bagi menyelamatkan diri, Razia yang bijaksana mengambil keputusan untuk berkahwin juga akhirnya denganMalik Altunia atau gelarannya Malik Ikhtiyarudin Altunia, iaitu Gabenor Bhatinda tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian baginda Sultan Razia berarak ke arah Delhi dengan suaminya untuk mengambilalih semula takhta kesultanan Delhi. Pada 13 Oktober 1240, baginda bertempur dengan pasukan tentera Delhi yang didalangi oleh kakandanya, Muizuddin Bahram yang juga cuba merebut takhta kesultanan Delhi daripada Razia, namun  pasangan suami isteri tersebut telah terbunuh atas kejadian tersebut.

Pasangan tersebut dimakamkan bersama di sekitar wilayah India yang bersempadanan dengan wilayah Turki. Sultan Razia dikatakan mangkat ketika umurnya masih muda iaitu 35 tahun. Pasangan Sultan Razia dan Malik Altunia dikatakan cuma dianugerahkan seorang putera angkat sahaja.

Walaupun begitu, kisah Razia Sultan benar-benar diangkat menjadi sebutan dalam sejarah kesultanan Delhi sebagai satu-satunya, seorang wanita Islam yang bergelar Sultan, yang telah berjaya memerintah kesultanan Delhi buat pertama kali dan yang terakhir!

Sekian.

POS LAJU SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum.

Sempena Tahun Baru Cina pada 28 Januari 2017 nanti, operasi bagi pos laju adalah ditutup pada tarikh seperti berikut :



Sekian.


SEMAK STATUS BR1M 2017


Assalamualaikum.

Bantuan kewangan BRIM akan diagihkan pada pertengahan bulan Febuari. Semakan keputusan boleh dibuat pada penghujung bulan Januari.




Bantuan kewangan BRIM akan mengutamakan mangsa banjir kerana keperluan mereka adalah lebih besar untuk didahulukan. Bagi bantuan persekolahan,  pembayaran RM100 untuk setiap kanak-kanak bersekolah  ini juga akan diawalkan dengan harapan akan mengurangkan beban kewangan pada masa ini.


Permohonan yang telah dibuat boleh di semak melalui portal https://ebr1m.hasil.gov.my/ rasmi atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Di samping itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong telah menggesa pemohon untuk membuka akaun bank untuk memudahkan proses pembayaran, dan untuk membuat permohonan secara online untuk mengelakkan kemungkinan beratur panjang di cawangan seluruh negara. Kira-kira 3 juta penerima BRIM masih tidak mempunyai akaun bank didaftarkan daripada sejumlah 7.9 juta penerima BRIM.



Anda juga turut dinasihati agar lebih berhati-hati dengan penipuan perkhidmatan insurans tersebut dipanggil i-BRIM dan LHDN telah menggesa mana-mana penerima e-mel atau SMS supaya mereka mengabaikan pengirim e-mel atau SMS tersebut dan memadam mesej berkenaan. Untuk maklumat lanjut atau penjelasan, anda boleh melawat laman web BRIM atau membuat panggilan pada 1-800-88-2716.
Sekian.

MANFAAT MARY KAY CC CREAM DAN TRANSLUCENT LOOSE POWDER

Assalamualaikum.

Saya nak share sikit tentang simple combination make up flawless by Mary Kay. Sangat ringan dan natural. Sesuai bagi awak semua yang sukakan natural look dan tak berapa minat nk pakai makeup tebal-tebal.

Langkah pertama cuma pakai CC cream SPF15 dan langkah kedua sapukan pula Translucent Loose Powder. Kedua-duanya mempunyai manfaat yang sempurna untuk kulit bernafas selesa semasa anda mengenakan makeup sepanjang hari!



Cc cream mempunyai 8 kebaikan dalam 1 cream:
1.Melawan garis halus dan tanda penuaan.
2.Melembabkan kulit tanpa menjadikan berminyak atau melekit.
3.Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB (SPF15).
4.Menutup cela, Memelihara kulit, jerawat serta menenangkan kulit bermasalah.
5.Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segara serta memiliki empat pilihan warna.
6.Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit.
7.Mengurangkan kemerahan pada kulit.
8.Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida.

Kelebihan Translucent Loose Powder:
1.Menyediakan kemasan nipis pada setiap tona kulit.
2.Mengawal kilauan berminyak sepanjang hari.
3.Menyingkirkan keperluan pemadanan warna.
4.Berasa ringan, semulajadi dan lembut bak baldu pada kulit, juga sesuai untuk kulit sensitif.
5.Diuji oleh ahli dermatologi.
6.Bebas wangian.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk Mary Kay awak semua boleh hubungi saya di talian 0182073118. (Azieera).


KENAPA AZANKAN BAYI KETIKA LAHIR

Assalamualaikum.

Tentu ada yang tertanya-tanya, apa pentingnya mengazankan bayi ini sebaik kelahirannya?

Sebaik lahir sahaja bayi muslim ke dunia ini, kalimah pertama yang perlu untuk didengarinya adalah Azan. Seeloknya dilakukan oleh bapa bayi, jika tiada boleh meminta bantuan doktor lelaki yang berhampiran untuk mengazankan bayi tersebut.

Mengapa bayi perlu diazankan?

Dari Husain bin Ali r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: ‘Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan  pada telinga kanan dan di iqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan menganggunya.”

Ketika keluar dari perut ibunya, keadaan bayi yang masih kecil dan lemah serta dipenuhi kotoran seperti darah dan lendiran. Mengiringi kelahirannya juga turut serta Qarin iaitu jin yang dipanggil kembar manusia iaitu jin yang mendampingi setiap manusia dari saat kelahiran hingga ajalnya tiba. Qarin membesar mengikut usia manusia yang dilahirkan tadi sejak bayi hinggalah dewasa.

Sudahlah kelahirannya diiringi oleh Qarin, jika bayi tidak didengarkan laungan azan dan iqamat di telinganya, begitu mudah pula ummu sibyan mengganggunya. Apakah pula ummu sibyan ini?

Ummu sibyan laknatullah adalah kaum jin betina yang kerjanya gemar mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (kurang 2 tahun). Tanda gangguan ummu sibyan ini adalah:

  • Bayi menangis melalak dan matanya memandang ke suatu sudut/ matanya ternaik ke atas.
  • Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
  • Demam panas hanya selepas asar hingga sebelum subuh
  • Mengigau sambil mengatip gigi berulang-ulang kali



Kesan dari gangguan ummu sibyan inilah yang sering berlaku kepada bayi seperti sawan tangis, autisme(hyperaktif), nakal yang melampau, terencat akal dan pelbagai kompilasi otak. Jika anak-anak kecil kurang usia 2 tahun yang sudah pandai berjalan, namun kerap menangis melalak, jatuh tak bersebab angat dan bacakanlah, Al-fatihah, Ayatul Kursi, Ayat 3 Qul dan Selawat ke atas nabi agar terhindar dari gangguan ummu sibyan ini.

Jika menurut orang tua-tua kita pula, elakkan bayi atau kanak-kanak (kurang 2 tahun) dibawa berjalan ketika senja kerana pada masa/waktu inilah jin dan syaitan berkeliaran bebas di luar. Bayi dan kanak-kanak seharusnya berada di dalam rumah dan ibubapa perlulah menutup pintu serta tingkap agar ummu sibyan tidak terlepas masuk ke dalam rumah. Selain itu, jangan menyidai baju diluar rumah pada waktu malam / mengangkat jemuran dari luar rumah pada waktu malam (jemuran tidak kering) untuk dibawa masuk ke dalam rumah.




Sekiranya daun pintu dan tingkap dibiarkan terbuka ketika senja, ummu sibyan ini akan masuk melaluinya dimana rumah tersebut yang mempunyai anak-anak kecil akan mampu melihatnya melekat seperti seekor cicak di dinding atau di siling rumah. Sedang dari mata kasar orang dewasa tidak nampak akan kewujudan ummu sibyan ini.

Walau apapun kaedahnya, bagi yang mempunyai anak kecil lebih baik untuk berada di rumah ketika menjelang senja dan melakukan ibadah bersolat dan juga perbanyakkan mengaji Al-quran. Wallahua’lam.

Sekian.

OBSESSION | TELENOVELA FILIPINA DI TV3


Assalamualaikum.

Menarik drama ni!

Drama telenovela bergenre Medical Drama ini ditayangkan bermula hari ini 10 Januari 2017 bagi menggantikan drama telenovela bersiri Akin Pa Rin Ang Bukas. Telenovela Filipina ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 3 hingga 4 petang. Apa yang pasti, episod pertamanya saja pun dah menarik untuk ditonton!

Episod 1

Mengisahkan Bernadette Samson yang mengalami kemurungan dan akhirnya, semakin parah sejak kehilangan bapa kandung yang terlalu disayangi. Ibu Bernadette mengetahui keadaan anaknya itu apabila secara tiba-tiba Bernadette sendiri cuba untuk mencederakan dirinya sendiri. Akhirnya, ibunya mengambil keputusan untuk merujuk penyakit Bernadette kepada doktor psikologi.

Bertahun-tahun, ibunya masih setia melalui hidup bersama Bernadette yang mempunyai emosi kemurungan, walaupun perkara tersebut telah lama berlaku Bernadette tetap mengingatinya bagaimana bapanya pergi meninggalkannya begitu sahaja. Bernadette telah dewasa dan menjadi seorang pakar kimia namun, emosinya yang tidak stabil dan mudah tertekan menjadikannya terlalu obses untuk mendapatkan apa yang diingininya.

Bernadette bertemu James kemudian mereka jatuh cinta melalui temujanji pertama. Namun, Bernadette begitu obses dengan cintanya sedangkan James hanya membalas cinta Bernadette acuh tak acuh sahaja. Kerana terlalu obses terhadap James, Bernadette merasakan James curang dan memiliki wanita lain. Di telah mengambil keputusan terjun dari jejantas untuk membunuh diri.

Pertemuannya dengan Ramon Mandoza apabila Bernadette membuka matanya, menyebabkan Bernadette bingung, mengapa dirinya masih belum mati dan mengapa dia berada di rumah majikannya. Doktor yang merawat Bernadette memberitahu Ramon bahawa Bernadette mengalami obsesi yang teruk sehingga ingin meragut nyawa sendiri. Bernadette mungkin akan hilang keyakinan diri akibat mengalami kecederaan teruk pada wajahnya sekarang.

Ramon juga sebenarnya adalah seorang lelaki yang obses dengan wanita bernama Vanessa, maka dia telah mengambil keputusan untuk mengubah wajah dan personaliti diri Bernadette yang mengalami kemurungan dan obses itu menjadi Vanessa, wanita kegilaannya!

Nantikan sambungannya dalam episod 2...


MOHD FAIZ SUBRI WINNER THE FIFA PUSKAS AWARD 2016


Assalamualaikum.

Bangga apabila Mohd Faiz Subri pemain bola sepak dari Penang adalah top 3 bagi calon anugerah FIFA Puskas Award 2016.





Alhamdulillah, kemenangan mutlak daripada jumlah undian telah berpihak kepadanya. Mohd Faiz Subri kini juga sebaris pemain bertaraf dunia Christiano Ronaldo!

Tahniah Mohd Faiz kerana telah mengharumkan nama negara iaitu Malaysia di mata dunia. Semoga kemenangan ini menjadikan beliau lebih berjaya di arena bola sepak negara.

Siapa sebenarnya Mohd Faiz Subri ?


Mohd Faiz Subri merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Pulau Pinang sebagai pemain tengah atau penyerang.

Lahir pada 8 November 1987, berumur 29 tahun dan berasal dari Kedah, Malaysia.

Kerjayanya bermula sejak tahun 2009 sebagai pemain berjersi nombor 13 bagi negeri Pulau Pinang FA.

Anugerah yang berjaya dirangkulnya adalah Anugerah Puskas FIFA 2016 .


Sekian.

BACK TO SCHOOL GIVEAWAY BY ABAM KIE

Assalamualaikum.

Wah, ini adalah giveaway kedua yang saya join! Jom ramai-ramai memeriahkan lagi giveaway Abam Kie... Dah lama saya kenal blog Abam Kie ni, sejak saya berblog beberapa tahun dulu. Tapi blog Mama Biha terpaksa dipadam atas sebab akaun google. 

Saya redha sajalah walaupun sedih sebab banyak cerita dan kisah suka duka dalam blog tu dulu!


Klik pada banner untuk join

6 Jan - 31 Jan 2017

Sekian.



CARA MENYUSUKAN BAYI CARA ‘DIRECT FEEDING’ YANG BETUL


Assalamualaikum.

Ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi perlu tahu tentang ini kerana kesilapan cara memberi susu ibu terus dari payudara akan memudaratkan ibu dan bayi. Samada berlaku melecet yang teruk pada puting ibu dan susu tidak dapat diminum dengan sempurna oleh bayi dan juga  boleh mengakibatkan juga bayi lemas.


Bagi ibu yang baru selesai melahirkan bayi seeloknya menyusukan bayi dalam kedudukan yang selesa iaitu paling bagus dalam keadaan duduk. Memegang bayi dalam keadaan mendakapnya dengan rapat ke dada. Mulut bayi mestilah menghisap penuh sehingga ke aerola payudara seperti gambar di bawah ini. Antara payudara dengan hindung bayi pastikan ada sedikit ruang untuk bayi bernafas.








Sekiranya bayi cuma menghisap kawasan puting payudara ibu akan luka dan melecet mengakibatkan ibu mengadu sakit dan tidak mahu untuk menyusukan bayi sedangkan ibu perlu belajar cara-cara menyusukan anak dengan betul kerana penyusuan yang sempurna tidak akan menyakitkan ibu sedangkan ibu akan berasa lebih selesa ketika bayi menghisap susu.

Sekiranya pada hari pertama di wad, jika awak berasa kurang pasti dengan cara menyusukan bayi, awak boleh bertanya nurse yang berhampiran katil tentang masalah penyusuan. Jururawat terutamanya di hospital-hospital kerajaan lebih suka sekiranya ibu selepas bersalin menyusukan bayi dan mereka sememangnya perlu membantu ibu-ibu selepas bersalin yang mempunyai masalah menyusukan bayi kali pertama.

Sekian.


KHASIAT BANTAL KEKABU UNTUK BAYI

Assalamualaikum W.B.T

Kenapa bantal kekabu ni sangat bagus untuk bayi?

Umi saya kalau jumpa pokok kekabu ni kat kampung memang dia akan aim aje pokok tu bilalah nak berbuah dan masak. Sebab bila buahnya masak, meletup-letup sampai luruh semua kekabu kat atas tanah. Adik-adik saya paling seronok nak kutip sebab nampak macam tengah kutip salji je sebab warnanya putih lembut dan terbang-terbang turun ke tanah hahaha!

Sejak ada anak pertama, saya gunakan bantal kekabu ni untuk Nabihah Insyirah, sebab dari kecil lagi saya telah diajar umi untuk tidur menggunakan bantal kekabu. Umi kat kampung pun dah sedia kan 2-3 biji bantal untuk Nabihah gunakan. Bagusnya sebab bila pakai bantal ni bayi lebih lena dan selesa bila tidur. Cuma lecehnya nak jaga bantal kekabu ni jangan sesekali basah terkena air, memang kekabu rosak!

Apa yang bagusnya bantal dan tilam kekabu untuk bayi? Penggunaan kekabu sebab kekabu sifatnya tidak menyimpan haba. Apabila kekabu dibuat bantal dan tilam ia tidak panas pada tubuh badan bayi membuatkan bayi selesa untuk tidur diatasnya. Kekabu ni boleh tahan hingga tempoh 20 tahun lamanya, hah jangan terkejut ya! Sebab itulah, selagi dijaga elok selagi itulah bantal dan tilam kekabu boleh digunakan.

Kekabu adalah gentian semulajadi anugerah dari Allah, sebab itulah ia tidak mudarat pada tubuh badan kita lebih-lebih lagi bagi bayi yang baru lahir. Kekabu juga amat lembut, ringan dan mudah digebukan semula, jika telah berkali-kali guna anda boleh menjemurkan di tengah panas matahari untuk dapatkan semula bantal dan tilam kekabu yang gebu!

Tilam dan bantal kekabu ini sangat baik untuk sokongan tulang belakang, kerana itu sangat elok digunakan oleh semua peringkat umur. Malah, sesiapa yang menggunakannya akan memiliki badan yang lebih sihat dan cergas setiap hari. Bersifat tidak toksik kerana tiada bahan kimia tambahan di dalam kekabu, maka kekabu tidak akan meninggalkan kesan mudarat pada tubuh badan kita semua.

Sekarang awak semua dah tahu kan kenapa perlu pilih bantal dan tilam kekabu buat si kecil kesayangan! Masa kini, kekabu dah susah untuk didapati kecuali melalui pasaran import. Biasanya, peniaga akan import daripada pasaran Indonesia, sebab itulah harganya sebiji bantal dan tilam kekabu agak mahal di pasaran di Malaysia.


Kalau awak nak beli bantal dan tilam kekabu yang comel, cantik dan diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti, boleh ke laman web www.littledje.com untuk pembelian secara online. 




Jika anda suka ke Maternity & Baby Expo di Mid Valley setiap tahun, Little Dje ada membuka booth jualan supaya mudah pelanggannya mendapatkan corak bantal dan tilam yang disukai bersama promosi yang diadakan! Paling best sebab sarung bantal yang diperbuat dari kain cotton yang berwarna-warni dan sangat berkualiti, kalau dicuci banyak kali pun tak cepat pudar dan tahan lasak!

Sekian.

APA BEZANYA SKINVIGORATE VS HAND CLEANSING LAIN

Assalamualaikum.

Ramai juga tau yang tertanya-tanya tentang perbezaan antara berus pencuci pobling dan Skinvigorate Cleansing Brush.

Nampak macam sama aje? Sama ke?

Mari saya terangkan serba sedikit tentang perbezaan antara kedua-dua jenis berus pencuci muka ini supaya awak semua boleh faham.

Untuk pengetahuan semua Skinvigorate Cleansing Brush dan Pobling ini sangat berbeza. Pobling Cuma memberikan kesan ‘vibrate’ sahaja pada kulit wajah bila digunakan . Based on feedback dari kebanyakan customer yang menggunakannya, tak sampai sebulan pakai, pobling dah rosak!

Berlainan dengan Skinvigorate Cleansing Brush ini ia berputar secara lembut (sangat lembut) 400 rotation per menute! 400 pusingan tau, jari tangan kita nak pusing macamtu tak akan larat. Disamping mencuci secara mendalam, ia juga mengurut wajah, melancarkan peredaran darah, malah mampu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan kesan makeup dengan lebih bersih daripada mencuci muka menggunakan tangan.

Anda juga boleh lihat perbezaannya selepas sekali penggunaan di wajah! Anda juga tak perlu bimbang sebab Skinvigorate Cleansing Brush ini ada warranty selama SETAHUN!

Pek Skinvigorate Cleansing Brush di datangkan dengan 2 head brush dan battery sekali. Head brush juga ada dijual secara berasingan. Dan bersempena Tahun Baru 2017 ini, saya ada Skinvigorate Cleansing Brush Limited-Edition Colour in Purple!!




Warna purple green ini LIMITED EDITION yea, selagi stok masih ada! Awak berminat?
Jom hubungi saya 013-2188902 untuk order!

Sekian.

PROMOSI SKINVIGORATE BRUSH PURPLE LIMITED EDITION

Assalamualaikum.

Sempena Chinese New Year ni, mary kay keluarkan semula stok ekslusif Skinvigorate Cleansing Brush yang berwarna purple tu! Wow, memang cun tau berus muka tu. Rugi siapa yang tak grab awal-awal sebab stok terhad dan biasanya cepat habis!




Kenapa perlu cuci muka pakai Skinvigorate ni? Apa bezanya dengan pobling lain? Harganya kenapa sampai RM 200?

Seperti yang kita semua sedia maklum, membersihkan wajah adalah rutin harian yang perlu dititikberatkan. Memandangkan setiap hari kulit wajah kita terdedah dengan segala kekotoran, peluh, minyak dan juga lebihan solekan. Dengan pembersihan yang betul, bersama produk yang sesuai dan selamat akan memberikan result yang baik untuk kulit anda!

Mary Kay memperkenalkan :





Device/tool untuk pembersihkan wajah secara maksimum! Mary Kay Skinvigorate TM Cleansing Brush, adalah berus yang sangat ringan serta berkuasa 2 kelajuan mengurut dan dapat mencapai sehingga 400 pusingan dalam seminit.

Jika kita mencuci dengan menggunakan tangan agaknya berapa pusingan yang kita boleh lakukan dalam seminit? Ia juga dapat memberikan pengurutan lembut semasa membersihkan kulit, efektif menanggalkan sisa kekotoran dan sisa solekan serta membantu membuang sel kulit mati juga.

Skinvigorate Cleansing Brush ini menambah elemen seumpama spa ke dalam rutin penjagaan kulit dan membantu memaksimumkan manfaat penjagaan kulit anda. Kelebihan Skinvigorate Cleansing Brush, menanggalkan 85% makeup lebih baik dari menggunakan jari, mampu membersihkan kulit wajah, membuang sel kulit mati pada lapisan atas kulit.

Selain itu, kebaikan Skinvigorate Cleansing Brush mampu menghaluskan garisan-garisan halus dan kedutan serta liang pori akan kelihatan lebih kecil. Berus muka ini turut dapat membuang kotoran yang tersumbat dalam pori, bahkan mampu membuang white head dan black head terutama di kawasan hidung tau!

Sekarang, awak semua tak perlu berhabis duit untuk ke spa lagi sebab semuanya boleh dibuat sendiri di rumah! Malah, bukan awak seorang yang boleh guna, semua ahli keluarga juga boleh guna dengan dikongsi bersama. Jangan risau, sebab kepala berus muka ini boleh tanggal dan boleh dibeli secara berasingan jika anda berkongsi guna seisi keluarga!



Sangat jimat bukan!


Promosi sedang berlangsung dari 1 Januari 2017, stok adalah limited yea! Berminat? Buat masa ni awak semua juga boleh pilih set promosi dengan pencuci muka pilihan masing-masing dengan harga sangat berbaloi! 
Boleh whatsApp saya, 013-2188902 untuk fast respons yea! 

Sekian.


KENAPA KENA BEDUNG BAYI?

Assalamualaikum.

Bedung bayi adalah salah satu barang keperluan yang perlu ada dalam checklist barang baby. Adakah awak semua tahu mengapa baby kita semua perlu berbedung? Ada beberapa fungsi dan kebaikan buat baby jika mereka ini dibedung. 

Namun, untuk membedung baby juga perlu ada masanya agar tidak menjadikan pemakaiannya satu mudarat pula! Cara kedudukan kaki bayi adalah perkara terpenting apabila dibedung. Tidak perlu meluruskan kaki bayi hingga tiada ruang kerana terdapat kesan buruk seperti mudah terseliuh apabila bayi dibedung terlalu ketat kerana kaki bayi juga perlukan pergerakan walaupun ketika dibedung.



Fungsi bedung adalah untuk mengelakkan bayi dari kedinginan, terutamanya sebaik sahaja bayi lahir kerana sepanjang hari berada di wad hospital yang sejuk dan mereka terdedah kepada persekitaran yang luas.

Selain itu, bedung juga berfungsi sebagai memberi keselesaan berpanjangan ketika bayi sedang tidur. Bayi perlu tidur lebih lama dari orang dewasa, agar otaknya sentiasa dapat berkembang. Berbedung juga dapat mengelakkan bayi terkejut ketika sedang tidur samada terkejut kerana sentuhan atau bunyi-bunyian. Apabila dibedung bayi akan berasa lebih selesa dan kurang berasa terkejut.

Antara lain, fungsinya memberi kesan seumpama didakap erat oleh ibunya sama seperti keadaan di dalam perut. Ketika didalam perut, bayi duduk diatas urinya dan berpeluk tubuh didalam perut ibu yang sempit selama 9 bulan dan dia telah biasa berkeadaan begitu berbanding di luar rahim.

Bayi juga perlu dibedung supaya keadaan tangan dan kakinya tidak bergerak terlalu kuat hingga membuatkan bayi keletihan dan adakalanya tangan yang sering tergapai-gapai boleh mencederakan mukanya. Hal ini kerana, bayi baru lahir memerlukan masa untuk mampu mengawal pergerakan tangan dan juga kakinya.

Bedung juga mengalami tranformasi yang pesat pada masa kini, jika dahulu bedung bayi cuma menggunakan kain cotton/kapas yang dipotong empat segi sama dan dijahit tepi begini.


Namun, kini mengikut peredaran masa kain bedung boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan corak menarik, samada berzip atau berpelekat dan ada yang ber'hood' untuk digayakan oleh bayi.

Credit: www.manjakuhappy.com

Waktu sesuai untuk membedung bayi adalah:

  • Selepas mandi pagi kerana air dan cuaca yang sejuk dingin diwaktu pagi.
  • Ketika bayi hendak menyusu bagi memudahkan ibu memegang bayi
  • Pada waktu malam semasa bayi telah tidur agar bayi lena dan selesa
  • Apabila hendak keluar ke klinik atau ke tempat lain agar ibu mudah mendukung bayi
Elakkan membedung bayi ketika musim panas, waktu tengahari, dan ketika bayi sedang berjaga untuk bermain. Membedung bayi di musim panas mungkin memudaratkan seperti bayi boleh terkena ruam panas di leher, lengan dan beberapa tempat yang berlipat. Selain itu, elakkan juga membedung bayi ketika bayi demam kerana boleh meningkatkan suhu badannya. Tempoh berbedung bayi sebaiknya adalah sejak lahir hingga berumur 4 bulan sahaja mengikut keadaan bayi.

Sekian.



2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL


Assalamualaikum.

Hai awak semua! Hari ni saya join first giveaway untuk blog saya azieera bagi tahun 2017. Semoga dapat kembali merapatkan ukhwah sesama blogger. Maklumlah, blog lama dulu dah di delete atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Sekarang, saya move on ajelah dengan blog baru 2 bulan bersiaran! Moga ada tempat di hati pembaca yang sudi singgah dan membaca setiap entri saya.



Klik pada banner untuk join!

Giveaway bermula 2 Jan 2017 hingga 2 Feb 2017

Sekian.

BIAR AKU JADI PENUNGGU | BACA ONLINE

Assalamualaikum.



Drama ni sekarang sedang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. Jalan ceritanya agak seronok untuk ditonton cuma sila sediakan tisu pada sesiapa yang agak sensitif dan pernah merasai pengalaman Iffat Hamani iaitu watak utama dalam drama bersiri ‘Biar Aku Jadi Penunggu’.

Episod demi episod yang telah ditayangkan memang amat meruntun jiwa dan air mata sebab mengisahkan kegagalan seorang suami untukbertanggungjawab dalam sebuah perkahwinan terancang yang didalangi oleh Afeef Adhwan. Disebalik mahu memenuhi permintaan uminya, Afeef menjadikan Iffat sebagai mangsanya agar impiannya terlaksana!

Empat tahun tanpa khabar berita dari Afeef yang kononnya sambung belajar ke UK, Iffat melalui jalan cerita penuh duka lara ditinggalkan sendirian seperti digantung tidak bertali, tanpa nafkah, tanpa berita, akhirnya pada suatu malam Afeef Adhwan kembali semula ke Malaysia dengan seorang anak lelakinya, Aqil!

Rupa-rupanya, Afeef telah merancang untuk bernikah dengan Damia iaitu kekasihnya sejak di bangku sekolah setelah mereka berada di bumi UK. Tanpa pengetahuan Iffat, tanpa pengetahuan keluarga Afeef dan Damia telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqil. Namun, umur perkahwinan sulit mereka tidak panjang dan mereka berdua bercerai. Sementara Aqil yang kekurangan kasih sayang ibunya telah dibawa pulang oleh Afeef ke Malaysia untuk dijaga oleh keluarganya.

Hancur remuk hati Iffat dengan berita yang diakui sendiri oleh Afeef kepada keluarganya. Afeef pula langsung tidak membuka mulut tentang hal perkahwinan sulit dan anaknya dengan Damia. Semuanya, Iffat mengetahuinya daripada mulut umi, iaitu mertuanya sendiri. Adakah perkahwinan mereka mampu berjalan seperti biasa setelah didasari oleh penipuan demi penipuan terancang Afeef Adhwan?


Jom, baca novel online di sini! Untuk ketahui kisah Iffat Hamani dan Afeef Adhwan seterusnya!



BIAR AKU JADI PENUNGGU BAB 1-19

BIAR AKU JADI PENUNGGU BAB 20 - 39


Selamat membaca!
Sekian.

APA HUKUM BUAT AQIQAH UNTUK BAYI YANG TELAH LAHIR

Assalamualaikum

Seronoknya apabila menyambut kelahiran bayi ke dunia lebih-lebih lagi anak yang pertama! Apabila lahirnya setiap bayi ke dunia, yang berkemampuan diminta mengerjakan ibadah aqiqah untuk anak tersebut. Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah aqiqah seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud:
“Setiap anak yang lahir itu tepelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberikan nama”. (Riwayat Ibnu Dawud, Al-Turmuzi dan Ibn Majah)

Hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut kecuali dinazarkan menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah boleh dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahirannya, hari ke-14 atau ke-21. Jika tidak dapat pada bila-bila masa sahaja sebelum anak tersebut baligh.



Jika anak itu telah baligh, gugur tuntutan aqiqah ke atas walinya dan sunat pula keatas dirinyamengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah baginda diangkat menjadi Rasul.


Bayi Perempuan – 1 ekor kambing / sebahagian lembu/kerbau/unta yang telah cukup umur untuk diaqiqahkan.

Bayi Lelaki – 2 ekor kambing / dua bahagian lembu/kerbau/unta yang telah cukup umur untuk diaqiqahkan. (Sah jika hanya mampu melaksanakan 1 bahagian sahaja)

Boleh dilaksanakan mengikut kemampuan pasangan ibu bapa untuk melakukan aqiqah buat anak-anak yang baru lahir. Sekiranya mampu sangat dituntut untuk melakukannya sekaligus. Sekiranya kurang berkemampuan, boleh melakukannya sebahagian dahulu dan sebahagian lainnya kemudian. Sekiranya tidak mampu, tunggulah saat anak tersebut dewasa dan mampu untuk melaksanakan aqiqah buat dirinya sendiri.

Saya tetap laksanakan walaupun ada yang berpendapat ia cuma sunat sahaja. Walaupun ibadah aqiqah ini sunat tetapi hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut apatah lagi Rasulullah S.A.W turut melaksanakan ke atas dirinya sendiri dan juga cucu-cucunya.


Sekian.

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...