DATANG HAID TAPI MENGANDUNG | BUNTING PELANDUK

Assalamualaikum.

Biasanya kita cuma dengar kalau wanita yang cepat mengandung anak pertama selepas hari perkahwinannya, orang akan menggelarnya bunting pelamin. Tapi pernahkah awak semua tahu tentang bunting pelanduk? Pada mulanya, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah boleh mengandung bunting pelanduk itu?

Pertama kali mendengarnya, apabila umi saya ada menyebut-nyebut tentang bunting pelanduk. Saya bertanya dia bagaimana boleh terjadi bunting pelanduk? Umi menjawab, istilah bunting pelanduk tu apabila seseorang wanita itu hamil tetapi masih datang haid/darah kotor. Terkejut juga saya mendengarnya, bagaimana pula boleh terjadi begitu?

Jawapannya, berkemungkinan semasa mula hamil masih ada saki baki darah kotor yang tertinggal, maka setiap bulan wanita tersebut masih datang haid/darah kotor. Ini cuma andaian orang dulu-dulu. Kalau ada istilah/penjelasan dalam perubatan, mohon komen di ruangan komen ya!😊

Namun, awak semua jangan salah faham dulu ya!

Rajah pergerakan janin dalam fasa menuju ke kawasan peranakan wanita.


Wanita yang hamil tetapi masih datang haid/darah kotor tidak sama dengan wanita yang datang haid/darah kotor biasa. Wanita hamil ini akan didatangi haidnya hanya untuk jangkamasa terlalu pendek iaitu sehari hingga 3 hari sahaja! Darah yang turun juga memiliki implementasi sangat ringan juga cuma sedikit dan beberapa tompok darah sahaja dan selebihnya haid tersebut mesti tamat dalam tempoh yang singkat.

Mulanya, saya sendiri sukar untuk percaya hinggalah saya mengalaminya ketika mengandung anak kedua. Saya tidak menjangka selepas mengalami datang haid/darah kotor yang terlalu banyak saya telah pun mengandung. Kerana tiada alahan mabuk atau loya seperti kebanyakan wanita hamil yang lain saya langsung tidak mengesyaki apa-apa. Malah, saya juga menyusukan sepenuhnya anak sulung saya Nabihah yang pada masa itu umurnya baru berusia 6 bulan.

Pada bulan berikutnya, kitaran haid saya datang lagi dan ia cuma datang dalam jangkamasa terlalu pendek iaitu sehari dan sangat sedikit, cuma 2-3 tompok darah sahaja. Pada fikiran saya, mungkin sebab saya stress kerana kerap berulang-alik Kuala Lumpur-Temerloh kerana Nabihah dijaga oleh umi saya di sana. Sudahlah setiap minggu saya perlu berulang-alik, malah saya juga terkejar-kejar untuk buat stok lebih kurang 120-130 oz seminggu untuk bekalan susu beku Nabihah.

Susu badan saya mula berkurangan dan Nabihah mula meragam jika saya menyusukannya secara ‘direct feeding’. Kebetulan masa tu raya puasa, maka saya sibuk ke sana sini untuk beraya. Pada saya, mungkin sebab tak berapa nak jaga pemakanan dan kerap juga saya terlewat makan, maklumlah hari raya dan beraya pula sebelah keluarga mertua. Disebabkan taknak dikata cerewet saya telan saja makanan apa yang ada semasa di kampung.

Kemudian, bulan seterusnya kitaran haid saya tiba tetapi saya tidak didatangi haid/darah kotor walaupun setitik. Hairan juga saya, tapi saya fikir mungkin faktor saya menyusukan Nabihah. Susu badan saya juga masih berkurangan walaupun sebulan telah berlalu. Disebabkan rasa sedikit risau, pernah saya minta suami belikan ubat pecah darah agar saya tidak mengandung terlalu cepat. Tapi, masa tu hati berbelah bahagi juga nak beli. Suami juga cakap, tak payah belilah ubat tu.

Bulan seterusnya, saya didatangi haid tetapi cuma 2 hari dan sehari cuma setompok sahaja darah yang ada. Saya dah mula keliru dan hampir lupa hendak menanda tarikh datang haid sebab datangnya dalam keadaan serupa main-main. Masa ini, saya pulang ke Temerloh kerana tiba hari raya Aidiladha. Saya juga rasa tak sedap hati sebab perut saya kelihatan agak buncit sedangkan saya masih lagi berbarut. Setiap kali berbarut juga, perut saya pasti berasa senak hingga terpaksa melonggarkan ikatan barut tersebut dan akhirnya saya malas hendak memakinya lagi.

Kadangkala juga saya terasa seperti ada benda bergerak-gerak didalam perut. Bila saya ajukan soalan pada umi saya tentang masalah saya, umi menjawab mungkin cuma angin sebab terlewat makan atau apa. Seterusnya, saya kembali ke Kuala Lumpur dan mula bekerja setelah bercuti beberapa hari.

Ada juga bertanya kawan-kawan sebab risau, perut saya nampak membuncit. Keadaan haid datang tapi sehari dua saja kemudian tamat. Tak pernah saya mengalaminya sebelum ini. Kawan-kawan terus mengesyorkan saya membeli pregnancy test dan terus melakukan ujian  sekadar untuk memastikan keadaan saya. Walaupun berat hati untuk melakukan ujian kehamilan, saya perlu juga lakukan demi kepastian.

Akhirnya, saya beli pregnancy test dan hasil dari ujian tersebut saya sememangnya telah hamil. Saya terus rujuk keadaan saya di KKIA berhampiran dan membuat dua kali scan untuk pastikan umur bayi di dalam kandungan. Ternyata, usia kandungan saya telah menceah 18 minggu! Saya benar-benar terkejut kerana tidak menyangka saya hamil walaupun haid saya datang setiap bulan. Pada usia kandungan saya genap 5 bulan, saya masih didatangi haid dalam sehari dua.

Pelik tapi benar!

Tidak pernah saya bermimpi untuk bunting pelanduk seperti ini, kedengaran unik namun, ia merisaukan kerana sukar untuk pastikan samada saya mengandung atau tidak sedangkan bayi di dalam perut telah semakin membesar. Jika saya tak melakukan pregnancy test dengan segera dan terasa ada pergerakan dari dalam perut, mungkin hingga kandungan masuk ke trimester ke-3 agaknya baru saya sedar!

Kandungan kedua saya ni tidak terlalu menonjol, perut saya juga tidak begitu kelihatan lebih-lebih lagi ketika saya duduk di kerusi. Saya pernah ditegur kerana kelihatan berisi dan gemuk! Saya cuma ketawa dan mengatakan sebenarnya saya mengandung, sudah 7 bulan dan mereka yang bertanya tadi mesti terkejut dan memohon maaf.

Semoga awak semua yang sudi membaca tentang pengalaman saya ini. Semoga juga dapat memberi panduan dan pengajaran kepada kita semua. Hakikatnya, bahaya sebenarnya jika tidak sedar diri sendiri mengandung. Bahaya buat bayi dan juga ibu tersebut kerana sekiranya langsung tidak tahu mengandung selama 9 bulan, mungkin boleh terberanak di mana-mana tempat tidak sepatutnya dan mengundang tumpah darah yang boleh meragut nyawa ibu atau anak atau kedua-duanya! 


Sekian.

12 ulasan:

  1. Salam..nak tanya yg awak cakap pada awal awak dtg period yg banyak awak dh mengandung?masa dtg period banyak tu ada kluar ketul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Period saya yg pertama lepas habis pantang, darah period lebih banyak dari biasa. Tak berketul-ketul cuma banyak. Then, next month darah period jadi setitik dua untuk tempoh 1-2 hr, then terus tak ada darah. Next month lagi saya xdatang uzur dlm tempoh 4 bulan, lepas tu period datang semula tapi setitik dua untuk tempoh 1-2 hari shj. Confius .. sbb bf baby masa tu dan member suggest buat pregnancy test.

      Padam
  2. Sy nk tnya sis..sblum sy dtg period sy tergerak hati nk chek upt..pas tu ada naik 2 line tapi kabur..lepas dari tu sy dtg period tapi x lama cuma 3 hari je..darah bnyak masa mula2 period dan hari ke 2 period dah semakin kurang..period pn ketul2...knapa ye jdi mcm tu..normal ke..satu lgi sy chek upt sblum dtg period tu naik 2 line..boleh jadi mengandung ke..cuma nk tahu pendapat..tq sis.

    BalasPadam
  3. Saya nk tnya sis...sy tergerak hati nk chek upt...pas tu bila chek naik double line tapi samar2..tapi masa tu sy blum dtg period lgi..lepas 2 3 hari sy dtg period tali x bnyk..dlm 3 hari je...hri prtama period bnyak masuk hari ke 2 ke 3 dah kurang...adakah sy mngandung..period pn dtg ketul2..hnya nk tahu pendapat dari sis..tq

    BalasPadam
  4. Salam sis..sy sblum ni tergerak hati nk chek upt..pas tu masa sy chek tu ada naik double line tapi samar2..masa tu sy x dtg period lagi..lepas dari tu swlang 2 3 hari sy dtg period tapi selama 3 hari saja..period hari yg pertama tu dtg bnyak..hari ke 2 dan ke 3 dah jdi kurang..adakah sy hamil..dan pasal upt tu mcm mna bleh naik double line sbb sy blum dtg period..hnya nk tahu pendapat sis.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sometimes sis hidayah, IPT boleh double line pun sebab hormon kita sendiri bkn sbb preggy. If lps dtg haid kali ni sis just better try check upt lg sekali utk confirm.

      Padam
  5. salam sis...sy nak tya..sy skrang da masuk 13 week..dari awal dapat taw mengandung sy asyik turun darah je..berulang kali masuk hospital..kali pertama turun sikit je,dlm 3 hari da xde.doc suruh balik..balik dri wad esoknya turun darah lagi..dlm 3 hari pastu da xde..doc suruh balik lagi..duk rumah dlm smgu lebih..turun darah lagi..pun same jugak..last² da malas da nk g hospital..berehat kt rumah je..golek²..tp ade jugak turun darah skli lndir..pastu da xde..sy x sakit perut ape pun..xde rase ape..ttibe je turun darah..soalan sy,adakah sy ni bunting pelanduk jugak yaa??sebab doc pakar o&g pun xtaw kenapa..baby semua sihat..xde masalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin keadaan rahim sis agak kebawah dan sis kerap berdiri lama yang menyebabkan terlalu kerap terjadi spotting. Biasanya, bunting pelanduk ni bila setiap kali tiba waktunya datang haid, seseorang tu akan turun darah setiap bulan sedangkan dia mengandung. Hinggakan dia tak perasan yang sebenarnya dirinya telah hamil.

      Padam
  6. Salam sis,hy sy sekarang tengh comfiuss sesangat 2,3 bulan nie haid pelik tak teratur now sy tengh period hari pertama-hari ke3 tak cam period darah setitik,lendiran,berwarna coklat,hari ke4-6 darah cam biasa,perut cam naik,seringkali ada denyutan nadi di perut sebelah kanan,jatung ada kala cam laju berdetik,kepala ada senoning if baring cam pusing2 ,klo meniarap nadi perut berdenyut n cam ada something...tak cek lagi bab cam pelik tak kan preg bab period kan...

    BalasPadam
  7. Assalam hi sis, synk tnya. Bulan ni sy dh lwt 6hari then dtg period hr 1st byk, hr kedua sedikit je, hr k3 terus bersih. Boleh kemungkinan tak sy bunting pelanduk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya, bunting pelanduk ni period hari pertama tu mmg darah cuma setitik dua dan kecoklatan shj.. kemungkinan sis nak preggy tp turun darah . Boleh check upt utk confirmation.

      Padam
  8. Salam sis..saya jadi benda yang sama dengan sis..mengandung tapi still datang bulan..and last period to kuar darah ketul2..pgi kk doc sah kan saya ggur and kndungan sya dlm 9 minggu dh time to.. And now saya rsa sya pregnant..sbb bdn saya laen skrng ni..tapi period dtg..last month dtg lewat dri date period..this month datang bulan on time..perut macam buncit skit..apa pendapat sis ea..nak check upt tkot..hope sis sudi ea bg pendapat..

    BalasPadam

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...