BAYI SUKAR SENDAWA DAN KERAP JELUAK

Assalamualaikum.


Sejak menimang cahaya mata pertama, banyak perkara baru yang saya mesti belajar dalam hidup. Sebagai ibu, seharusnya belajar tentang tabiat bayi adalah perkara paling penting. Walaupun agak sukar kerana bayi tidak boleh bercakap, bayi cuma boleh berinteraksi dengan kita melalui tangisan dan tabiatnya setiap hari, namun saya suka bertanya umi saya pelbagai perkara tentang penjagaan bayi.

Perkara terpenting ketika menyusukan bayi adalah memastikan bayi sendawa selepas menyusu. Banyak kes bayi tersedak susu dan sebagainya kerana penjagaan ibu-ibu yang kadangkala bersikap cuai terhadap bayi sendiri. Keadaan agak rumit jika bayi sukar untuk sendawa dan bayi terus tertidur lena!

Kedua-dua bayi saya juga jenis yang lepas minum susu terus tertidur tak mahu bangun walaupun digerak berkali-kali. Tabiat bayi sememangnya kita sebagai ibu-ibu tak boleh ubah. Umi ajar saya jika bayi berkelakuan begini saya perlu dukung dia di bahu dan usap belakangnya, sekurang-kurangnya beri masa untuk susu turun ke perut. Selepas itu, bolehlah letak dia kembali ke tempat tidurnya.

Kemudian, jika bayi masih tidak sendawa, letak dia dengan cara mengiring ke sebelah kiri atau kanan dan sendal belakang badannya dengan bantal. Dengan cara ini memberi ruang  pada paru-parunya untuk bernafas dengan selesa. Jika bayi tiba-tiba muntah tanpa disedari ibu, bayi masih boleh bernafas dan tidak akan tersedak. Ada juga teknik lain untuk membuatkan bayi sendawa, iaitu meniarapkan bayi di lutut sambil mengusap belakang badannya hingga bayi sendawa. Namun, agak sukar sekiranya bayi sudah tertidur.

Selain sukar untuk sendawa, bayi juga akan mengalami keadaan kerap jeluak. Apa jeluak ni? Jeluak ialah susu yang telah diminum kemudian dalam masa setengah jam atau satu jam bayi akan muntah semula semua susu yang diminumnya.

Biasanya ibu-ibu akan beri susu badan sebaik bayi lahir hingga habis pantang. Samada hendak meneruskan penyusuan selepas itu atau tidak adalah terserah pada diri masing-masing. Selama dalam pantang biasanya ibu-ibu akan makan masakan yang dimasak rebus, kukus dan bakar. Masakan bergoreng boleh dimakan setelah 14 hari berpantang namun tak digalakkan makan kerap dan terlalu berminyak.

Bayi agak senang untuk jeluak sekiranya dia mual dengan makanan yang dimakan oleh ibunya. Jika bayi-bayi saya, mereka akan kerap jeluak jika saya makan lauk ikan tidak kira samada dibakar atau dimasak singgang. Pernah anak yang kedua saya mengalami jeluak sebanyak 2 kali dalam waktu yang terdekat. Risau saya bukan main sebab dia baru lepas minum susu dan lepas setengah jam jeluak. Bila diberi susu lagi dia jeluak lagi.

Jika bayi berkeadaan begitu, terbalikkan bayi dan usap belakangnya. Salin semua pakaian yang terkena muntah dan sapukan minyak angin pada pusat dan belakang badan serta telapak kakinya. Biarkan dia berehat atau jika boleh tidurkan dia. Elakkan memberi bayi susu lagi dalam masa 3 jam pertama kerana dikhuatiri akan terjadi jeluak semula.

Sebenarnya, bayi telah pun kenyang namun disebabkan tabiat bayi yang suka menganga mulut , memasukkan tangan ke mulut dan tercari-cari sesuatu untuk dihisap membuatkan ibu-ibu terfikir bayi mahukan susu. Tabiat bayi sememangnya begitu. Jika bayi mula menangis kuat dan tercari-cari sesuatu ibu-ibu bolehlah terus susukan bayi selepas itu.


So, pastikan juga bayi ibu-ibu berbarut untuk mengelakkan perut bayi masuk angin ya. Sekiranya ingin berjalan jauh pastikan pakaian bayi lengkap, dibarut dan dibedung serta dipakaikan topi untuk menutup kepalanya. Ia adalah salah satu tips untuk mengelakkan bayi terkena angin. Bayi masih dalam hari atau baru beberapa bulan biasanya tubuh badannya masih tidak kuat untuk menempuhi perjalanan jauh, oleh sebab itu ibu-ibu tidak perlu bimbang sekiranya bayi yang telah lengkap dibedung namun masih mengalami jeluak sebaik sampai ke destinasi. Ibu-ibu perlu bersedia sentiasa kerana tubuh bayi masih kecil dan keadaannya lemah untuk menghadapi pelbagai keadaan persekitarannya.

Sekian.

PENYUSUAN JARAK JAUH

Assalamualaikum.

Hakikatnya, penyusuan jarak jauh memerlukan kesungguhan luar biasa seorang ibu!

Saya sendiri adalah salah seorang dari ibu-ibu yang menghadapi penyusuan jarak jauh ini. Peralatan atau gajet penyusuan susu ibu mesti lengkap dan penjagaan susu beku dan susu chiller perlu dititikberatkan, memandangkan saya perlu menyediakan puluhan oz susu setiap minggu buat anak saya.

Kawasan rumah saya agak sukar untuk mencari pengasuh persendirian. Taska berdaftar juga tiada dan kami suami isteri perlu keluar ke kawasan berhampiran untuk menghantar anak. Masalah utama kami adalah waktu kerja dan tempat bekerja saya dan suami berbeza haluan perjalanannya.

Pada mulanya, saya telah meletakkan Nabihah di bawah jagaan seorang pengasuh di dalam kawasan perumahan. Tetapi pengasuh tersebut mengandung anak ketiga dan mengalami mabuk serta alahan yang agak teruk! Memandangkan umur Nabihah baru 3 bulan, umi saya telah meminta untuk menjaganya hingga Nabihah berumur setahun.  Pada mulanya, saya memujuk juga suami dan umi untuk mencari pengasuh persendirian yang lain tetapi mengalami masalah lain pula. Akhirnya, saya terpaksa akur dengan permintaan umi.

Oleh kerana keadaan Nabihah yang menyusu badan , maka sebelum umi membawa Nabihah pulang ke kampung saya telah menukar gaya pam saya apabila pulang kerja saya akan menyusukan Nabihah secara tandem dengan pam susu.

Kalau sebelum ini saya lebih relaks dengan jadual mengepam susu di pejabat dan menyusukan secara’direct feeding’ di rumah, sekarang saya perlu buat sekali ganda lebih banyak untuk stok susu Nabihah apabila berada di kampung nanti.




Saya menggunakan jadual pam susu di tempat kerja secara 3 jam sekali. Biasanya, saya masuk awal pagi dan jarak masa selepas menyusukan Nabihah dirumah telah cukup 3 jam, saya mengepam dahulu dan baru mengambil sarapan tambahan di pejabat. Biasanya sesi mengepam tidak terlalu lama kerana rangsangan pada waktu pagi dan tengahari begitu cepat. Dalam masa 20-30 minit mengepam untuk kedua-dua belah breast. Biasanya, saya mampu dapat 12-15 oz pada waktu pagi dan 12-10 oz pada waktu tengahari.

Jadual saya:
6 pagi –Direct feeding/tandem
9 pagi – Pam
12 tengahari – Pam
3 petang – Pam
6 petang Direct feeding/tandem

[Menyusukan secara direct feeding hingga pagi mengikut keperluan bayi]

Bila sampai masa umi nak bawa Nabihah ke kampung, saya cuma mampu bekalkan Nabihah lebih kurang 100 oz sahaja kerana cuma ada masa 3 hari untuk push. Kemudian jadual pam saya bertukar lagi kerana saya perlu mengepam sepenuhnya dalam masa 24 jam.

Jadual mengepam:
6 pagi – Pam
9 pagi – Pam
12 tengahari – Pam
3 petang – Pam
6 petang – Pam
9 malam – Pam
12 malam – Pam

[Minum susu dan makan biskut atau roti kemudian saya tidur hingga terasa susu penuh baru saya akan bangun dan mengepam.]

Saya masih mengekalkan jarak waktu 3 jam mengepam untuk merangsang lebih banyak susu keluar dan fleksible dengan waktu bekerja di pejabat. Jika saya mengepam jam 9 pagi tak menganggu kerja dan diteruskan dengan waktu 12 tengahari kerana sudah hampir kepada waktu rehat dan sekali lagi jam 3 petang saya ambil masa seketika apabila saya selesai solat zuhur.

Biasanya pada waktu petang pengeluaran susu agak kurang, mungkin kerana telah penat bekerja dan waktu untuk balik ke rumah semakin hampir membuatkan susu sedikit merudum. Saya Cuma mampu produce 5-7 oz sahaja jika waktu petang berbanding pagi dan tengahari. Kadangkala saya hanya produce 5 oz sahaja.

Saya banyak bergantung pada makan yang berkhasiat dan pengambilan air masak yang cukup iaitu 3liter sehari. Minum susu/milo dan makan biskut jika terasa lapar pada waktu senggang antara selepas makan malam hingga tengah malam.

Sejujurnya, saya akan berasa letih ketika tengah malam kerana mengepam setiap 3 jam dengan keadaan duduk sahaja. Jika direct feeding saya boleh berbaring untuk dapat lebih rehat ketika menyusukan. Bila letih ia akan mengganggu pengeluaran susu juga.

Setiap 2 bulan sekali, saya minta tolong umi untuk urut belakang badan yang terletaknya tabung susu ibu. Penat dan sakitnya belakang badan memang tak terkata! Sudahlah perlu mengepam setiap 3 jam selama 5 hari dan hanya 2 hari boleh ‘direct feeding’ Nabihah. Setiap minggu perlu pikul susu beku hampir 120 oz. Walaupun nampak tak bnyak mana tetapi apabila susu beku bebanan akan jadi lebih berat. Untuk menjimatkan kos saya akan naik bas ke Temerloh dan abah saya akan ambil di stesen bas.

Apabila umur Nabihah mencecah 6 bulan, susu badan tak mencukupi walaupun dia dah boleh makan solid food. Saya hairan juga sebab biasanya susu badan saya memang cukup banyak sampai meleleh sendiri walaupun belum sampai masa untuk dipam.

Lebih kuranng 2 bulan saya berkeadaan begitu, malah haid saya juga datang tetapi keluar hanya titisan darah yang amat sedikit dalam jangkamasa sehari sahaja! Saya berasa tidak sedap badan dan akhirnya mengambil keputusan untuk buat urine test pada bulan yang ketiga. 

Resultnya, adalah positif mengandung!

Patutlah susu badan merudum sedikit, namun masih mampu untuk memberi kepuasan kepada Nabihah minum susu saya.  Daripada 120 oz setiap minggu jatuh menjadi 100 oz sahaja dan semakin bayi dalam kandungan membesar semakin kurang produce susu saya hingga pernah saya cuma mampu dapat 80-90 oz sahaja.

Pada peringkat susu saya merudum, Nabihah telah diberi susu formula Dutch Lady namun tidak sesuai dan ditukar kepada susu Dugro Dumex. Caranya, umi akan beri susu badan saya hingga habis dari hari isnin hingga rabu/khamis dan Nabihah akan sambung minum susu formula sementara menunggu saya datang ke Temerloh untuk menyusukannya dan membawa stok susu baru.

Genap 10 bulan barulah Nabihah berhenti ‘direct feeding’ kerana risau bayi dalam kandungan terjejas kerana usia kandungan kedua saya telah mencecah 7 bulan, selain mengepam, menyusukan dan perjalanan menaiki bas setiap minggu agak merisaukan hati umi. Oleh sebab itu, dia memutuskan susu Nabihah dan menasihati saya untuk mengepam sahaja. Nabihah masih minum susu saya hingga umurnya genap setahun kemudian sebulan selepas itu saya telah melahirkan Nadeem Khalish.

Pada masa itu, saya agak terkilah kerana melihat Nabihah telah menerima sepenuhnya minum susu formula dan saya pula masih dalam pantang dan tidak dapat menyusukan dia lagi kerana Nabihah telah pun putus susu. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana berjaya memberi susu ibu hingga umurnya genap 1 tahun.


Sekian.

ANAK LAMBAT TUMBUH GIGI… LAMBAT BERJALAN & BERCAKAP ?

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, saya masih mempunyai masa untuk mengurai persoalan demi persoalan naluri seorang ibu . Walaupun kadangkala sukar untuk ada masa menulis, namun anak-anak ada masanya gemar bermain sendiri. Asalkan diberi kebenaran menyepahkan rumah, mereka akan bermain sepuas hati!

Trend ibu zaman sekarang suka membanding-bandingkan anaknya dengan anak orang lain sering terjadi di media sosial. Dalam beberapa tahun ini jugalah saya menyaksikan pelbagai luahan suka duka ibubapa yang pelbagai. Malah, bukan sahaja melalui media sosial… jika berbual sesama rakan sekerja, rakan sepermainan, rakan setaman dan sebagainya mesti ada antara ibu-ibu  dan bapa-bapa yang suka buat perbandingan.

Antara perbandingan paling famous adalah tentang anak pandai meniarap, anak tumbuh gigi, anak cepat berjalan, anak bercakap, anak bijak dan bla bla bla…

Sewajarnya, ibubapa tidak perlulah bersikap sedemikian kerana setiap anak dianugerahkan oleh Allah memiliki keistimewaan sifat masing-masing. Bukan sahaja ibubapa, kadangkala ada diantara nenek dan datuk yang suka membuat perbandingan antara cucunya juga. Minta maaf cakaplah, tak berapa bagus bersikap sedemikian kerana kita tahu kebolehan setiap bayi atau kanak-kanak adalah melalui perkembangan mindanya. Kalau cepat, maka cepatlah dia melakukan sesuatu perbuatan mengikut rangsangan mindanya. Jika lambat, maka lambatlah dia melakukan sesuatu yang juga mengikut rangsangan mindanya. Hal ini bukan boleh dipaksa!

Ada juga yang bicara tentang kaitan pemakanan, persekitaran dan pembelajaran dengan perkembangan seseorang bayi dan kanak-kanak ini. Ya, saya juga setuju!

Saya juga memiliki sepasang anak yang berbeza dari segi perangai, sikap, sifat, pertuturan dan sebagainya. Pada saya, totally 100% different! Mungkin kerana seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Menjadikan segala-galanya tentang mereka berbeza, namun bagi saya walaupun mereka sama jantina sekalipun setiap anak-anak itu sememangnya berbeza.

Anak sulung saya perempuan dan anak kedua saya lelaki, kalau dilihat dari segi perkembangan mereka dari sejak lahir hingga sekarang masing-masing telah mencecah umur 3 tahun dan 2 tahun. Perbezaan paling ketara adalah anak sulung cepat bercakap tetapi anak kedua lewat bercakap. Abah saya juga perasan benda yang sama dan dia selalu mengusik Nadeem. Tapi selalunya, umi saya akan menegah dan berkata, “Tak perlu cakap macamtu, budak tu elok je bercakap!” Ya, Nadeem mula bercakap sejak umurnya setahun, tiada apa yang ganjil Cuma Nadeem hanya suka bercakap dalam perkataan yang amat mudah seperti ‘Nak’ dan bahasa lainnya seperti dia merengek saja. Kalau saya lihat pertuturan Nabihah, ketika umurnya setahun ada juga dalam 4-5 perkataan mudah yang dia dah boleh sebut dengan jelas sekali seperti ‘Nak’, ‘Itu’, ‘Abah’, ‘Mama’ dan Tak’.

Awak semua mesti sedang buat perbandingan kan?

Tidak perlu kerana dari segi perkembangannya, Nabihah dan Nadeem tetap sudah boleh bercakap perkataan paling mudah. Mungkin kerana persekitaran membuatkan Nadeem lebih lambat menyebut pelbagai perkataan yang lain kerana saya lebih banyak tertumpu kepada permintaan demi permintaan Nabihah yang memang sudah pandai bercakap kerana beza umur mereka adalah 1 tahun.

Apabila saya sedar yang saya kurang bercakap dengan Nadeem, membuatkan saya terfikir Nadeem kurang rasa ingin menyebut kerana perhatian saya terlebih kepada kakaknya. Kemudian saya lebih banyak bercakap dengan Nadeem dan melihat respon daripadanya. Alhamdulillah, Nadeem nampaknya sudah mula menyebut beberapa perkataan baharu, mula membebel mengikut apa yang saya cakap dan sebagainya.

Hakikatnya, anak-anak perlukan perhatian! Lebih ramai anak, lebih banyak perhatian yang kita perlu beri dan perlu diberi secara sama rata. Kadang-kadang ibubapa tidak melihat dan lambat menyedari hal ini. Bukan saya kata saya lebih teliti, tapi saya agak suka melihat perkembangan anak-anak yang membuatkan saya lebih ingin tahu bagaimana hasilnya jika saya lakukan begini dan begitu. Bukan sekadar untuk bereksperimen tetapi lebih banyak untuk belajar tentang anak-anak.

Saya suka lihat cara mereka, gerak-geri mereka bukan untuk dibandingkan tetapi untuk pembelajaran saya sebagai seorang ibu. Saya terhibur dengan ragam mereka yang pelbagai dan menjadikan mereka begitu unik di mata saya. Apabila saya telah mengetahui gaya, sikap dan sifat mereka menjadikan saya lebih bersedia dan perlu memahami kehendak mereka yang mereka sendiri tak dapat nak ungkapkannya.

Melihat anak-anak orang lain diluar sana, saya melihat mereka membesar dengan pelbagai ragam yang ada ibubapa terlepas pandang kerana kedua-duanya terlampau sibuk bekerjaya. Ada pula yang anak-anak dilahirkan terlalu rapat menyebabkan ada ibubapa yang tidak sempat melihat potensi dalam diri setiap anak-anak. Akhirnya, marah anak-anak bila anak tidak cemerlang belajar atau bersukan. Potensi anak-anak ini luas, bukan dalam hal akademik sahaja tetapi dari semua segi.

Jangan sesekali ada ibubapa yang bersedih dan berkata, anak saya lambat dari anak orang lain… sejak kecil dia lambat tumbuh gigi, lambat berjalan, lambat berlari dan sebagainya. Lambat dari segi pertumbuhan gigi, meniarap, berjalan dan bercakap bukan kerana anak-anak itu tidak bijak dan cemerlang berbanding anak orang lain, sila semak dari segi pemakanan, perhatian dan emosi mereka juga. Ini bukan alasan untuk ibubapa menyalahkan pihak lain kerana sedari kecil, anak-anak telah terdidik dengan ibubapa.

Bila kita menjadi ibubapa bukan sekadar perlu beri anak minum susu, makan, beli baju baru setiap bulan dan hantar ke sekolah terbaik sahaja. Menjadi ibubapa besar tanggungjawabnya dan mereka adalah amanah dari Allah yang tidak ternilai untuk kita semua.

Saya sendiri pernah terfikir tatkala selesai bertarung nyawa melahirkan anak yang pertama. Hati saya hanya terdetik, ‘Bagaimana aku nak besarkan anak ini dan mendidiknya dengan sempurna?’ Kerana saya ibunya, saya dan suami yang akan mendidiknya mengikut acuan kami sendiri. Saya dan suamilah yang perlu menjadi guru pertamanya, idola pertamanya dan segala-gala yang teratas berbanding orang lain!


Sekian.

KISAH BUAH MELAKA

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, dapat juga buat buah melaka tapi maaflah sebab buah melaka tak cukup lengkap... botak pulak! 

Maklumlah, bila duduk bandar dengan anak-anak kecik ni kadang tu kalau nak masak, gunakan ajelah apapun barang yang ada janji rasanya tu sama. Sebenarnya, taknak anak-anak makan kelapa tu risau kerawit pulak perut bebudak. Kisahnya, saya malas nak turun ke kedai kat bawah rumah maklumlah bertingkek-tingkek! Dengan nak mengheret anak-anak saya berdua ni ke sana-sini sebab ramai sangat pendatang asing di kawasan rumah ni. 

Memandangkan dalam peti ais ada tersimpan daun pandan, gula kabung dan hubby pun dah beli tepung pulut saya cuba jugalah membuatnya. Saya sebenarnya sangat malas nak buat kuih-muih sebab renyah dan banyak kerja berbanding masak-memasak nasi dan lauk-pauk. Kalau bab menguli dan selesaikan doh kuih saya boleh hold 2 - 3 hari simpan dalam peti ais. Punyalah saya muak nak menghadap semua tu.

Berbeza dengan umi saya, dia lagi gemar membuat pelbagai kuih-muih! Bermacam jenis mampu dibuatnya dari yang goreng, kukus dan bakar semua dia pakar. Lebih-lebih lagi bila menjelang bulan ramadhan memang hampir setiap hari ada sahaja sejenis kuih-muih atas meja makan untuk juadah berbuka.

Buah melaka ini mengingatkan saya tentang cerita umi setiap kali kami di dapur untuk membuatnya, umi mesti bercerita tentang suatu kisah sadis yang berlaku di bulan ramadhan. Seperti biasa, bulan ramadhan ni sememangnya orang-orang kampung gemar menyediakan juadah kuih-muih sebagai juadah berbuka.

Seorang Imam Masjid di kampung sekian menjadi kebiasaannya berbuka di Masjid di kampung tersebut. Imam ini begitu meminati buah melaka, jika beliau terjumpa buah melaka, kuih itulah yang akan menjadi santapannya dulu berbanding kuih yang lain. Kebetulan, menu juadah berbuka di Masjid tersebut adalah buah melaka, maka Imam ini begitu teruja dan terus menyuap buah melaka yang dibuat bulat-bulat sebesar biji guli.

Namun, beberapa minit kemudian Imam tersebut mengalami sesak nafas ketika sedang menyumbat buah melaka ke dalam mulutnya! Akhirnya, beliau meninggal dunia di Masjid tersebut dengan mulut dipenuhi buah melaka.

Menurut doktor yang memeriksanya, Imam tersebut meninggal dunia akibat tercekik buah melaka ketika beliau sedang enak memakannya. Apapun, sudah ajalnya Imam tersebut meninggal dunia dengan cara begitu. Namun, saya sentiasa teringat akan cerita umi hingga kini, setiap kali melihat hidangan buah melaka mesti saya akan mengingati kisah tersebut. Semoga Imam tersebut tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan para solehin.

Yalah, buah melaka ni kan liat-liat sebab dibuat menggunakan tepung pulut, jadinya saya perlu memakannya dengan berhati-hati selain nak menjaga air gula didalamnya supaya tidak tumpah! Kali ni first time anak-anak makan, jadi memang kena pantau sebab takut jadi kes tercekik pulak. 

Sekian.




TIMEWISE MICRODERMABRASION SET

Assalamualaikum.

TimeWise Microdermabrasion Set:

-Microdermabration Refine
-Pore Minimizer


Sedikit penerangan berkenaan Set ini adalah procedure bukan pembedahan keempat paling popular di Amerika Syarikat. Menariknya, set ini mengandungi Kristal mikro halus yang digunakan oleh ahli dermatologi.


Boleh digunakan bagi pengguna yang mempunyai masalah kulit yang mempunyai garis-garis halus, pori ketara dan berkulit kering, bersisik yang menginginkan kulit menjadi lebih sihat dan muda dengan segera.



Fungsi microdermabrasion refine adalah membuang sel kulit paling atas. Kulit kita terbahagi 2 bahagian utama iaitu Epidermis dan Dermis. Bahagian paling atas iaitu stratum corneum, disinilah terletaknya garis-garis halus dan cela. Microdermabrasion refine hanya bertindak pada stratum corneum sahaja.

Bila lapisan ini dibuang, sistem tubuh badan akan mengesannya sebagai kecederaan dan akan bertindak balas dengan menggantikan sel kulit yang telah dibuang tadi dengan sel kulit yang baru dan lebih sihat dan lembut dan juga lebih sekata.

Kesan: Mungkin aka nada kemerahan atau bengkak sementara. Dengan penyingkiran stratum corneum tadi, makanya serum dan bahan aktif dalam krim muka kita lebih mudah meresap ke dalam lapisan kulit dan boleh member kesan yang maksimum.

Pore Minimizer pula perlu dipakai selepas Microdermabrasion Refine digunakan. Kenapa?

Kerana semasa penggunaan Microdermabrasion Refine, lembapan diwajah juga turut tersingkir. Oleh sebab itu, pore minimize atau pelembap diperlukan selepas penggunaan Microdermabrasion Refine. Microdermabrasion Refine seeloknya digunakan hanya 2 kali seminggu dan elakkan dari bahagian mata dan bibir. Manakala Pore Minimizer pula boleh digunakan setiap hari pagi dan petang.

Saya memang suka sangat pakai set Microdermabrasion ni tau. Salah satu sebab untuk dapatkan kulit muka lebih licin dari parut jerawat dan bersih dari whitehead!

*** Produk ini boleh bertahan selama 7 Bulan dengan penggunaan pada bahagian muka sahaja.


Sebarang pertanyaan bagi produk Mary Kay awak semua boleh contact me : 013-2188902 Whatsapp / 018-2073118 sms/call untuk maklumat lebih lanjut.  

Saya boleh bantu consult mengikut masalah kulit awak semua okey.

Sekian.

PAM SUSU DAN KEPENTINGANNYA

Assalamualaikum.


Kredit to en. google

Gajet yang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu adalah pam susu atau biasa dikenali sebagai ‘Breast Pump’. Tidak kira samada awak semua ni bekerjaya ataupun hanya suri rumah sepenuh masa sahaja, pam susu wajib ada satu!

Sebelum bersalin saya tidak menitikberatkan tentang jenis pam susu ni sebab pada saya semuanya sama. Namun, ternyata tanggapan saya salah! Pemilihan pam susu adalah penting untuk keselesaan kita sendiri sekiranya perlu bergantung dengan pam susu sepenuhnya. Saya telah mengalaminya dan tidak mahu awak semua mengalami nasib serupa macam saya!

Penting untuk kita memilih jenis pam susu yang terbaik dan sesuai dengan citarasa sendiri. Terpulang untuk pilih yang mana satu asalkan keselesaan awak semua terjamin. Saya agak terkilan apabila telah bersalin dan menggunakan pam susu berjenama kurang popular sekarang ni sangat sukar dan membuatkan saya tambah stress.

Akhirnya, terpaksa meminjam pam susu kakak ipar tapi pam susu manual zamannya sangat sukar untuk digunakan dan juga sakit. Hampir nak menangis! Mengenangkan saya perlu buat stok susu sebelum umur bayi saya mencecah sebulan. Tapi sedikit stok pun susah saya nak dapat dengan pam susu yang sedia ada.

Saya tak putus asa… walaupun sukar untuk digunakan, saya belajar juga agar susu boleh keluar lebih banyak dan saya tetap perlu buat stok. Akhirnya, saya dapat buat stok dalam masa dua bulan sebanyak 16 oz. Dengan bekal 16 oz itu saya pulang ke Kuala Lumpur dan untungnya, umi saya juga sanggup untuk ikut ke Kuala Lumpur sebab dia risau akan keadaan saya yang baru sangat lepas hari iaitu 60 hari. Saya masih sukar untuk biasakan diri kerana pertama kali perlu menjaga bayi sekecil 60 hari dengan badan yang masih agak lemah lagi.

Sebelum saya naik kerja Pak Cu saya sebelah abah datang melawat saya dan bayi. Isterinya bagi hadiah untuk saya dan bayi katanya. Sebaik mereka pulang saya terus buka bungkusan dan hampir mengalir air mata sebab tak sangka dapat hadiah pam susu daripada mereka berdua. Sebab sebelum tu saya memang plan untuk beli pam susu baru memandangkan saya perlu bekerja dan perlu buat stok susu setiap minggu.

Ya Allah, rezeki saya dapat pam susu medela harmony. Allah Maha Mendengar!

Saya cuci dan steril pam susu dan terus guna, Alhamdulillah… pam susu jenis Medela Harmony ni sangat mudah dan selesa dengan saya. Stok susu saya terus meningkat dan hampir penuh peti ais. Seronoknya saya masa tu Allah saja yang tau. Selepas dua minggu, umi pun pulang ke kampung dan Nabihah Insyirah dihantar ke rumah pengasuh.

Pam susu ni boleh digunakan secara single atau tandem untuk buat stok. Single bermakna saya hanya menggunakan pam susu untuk mengeluarkan susu atau tandem iaitu menggunakan pam susu serentak ketika bayi saya menyusu. Sebab itulah, semua ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu perlukan pam susu juga walaupun tidak bekerja. Sekiranya anda sibuk melakukan kerja rumah, pam susu boleh membantu memudahkan kerja anda. Awak semua boleh pam dan buat stok untuk simpan di dalam chiller yang Cuma boleh bertahan selama 3 hari. Dalam keadaan awak semua terlalu banyak kerja rumah atau terpaksa meninggalkan bayi kerana urusan tertentu di luar, bayi boleh menggunakan susu yang disimpan di chiller.

Kadangkala, menyusukan anak ni memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Awak semua juga boleh mengalami bengkak susu sekiranya bayi menolak untuk disusukan. Pam susu sangat berguna ketika ini selain teknik marmet. Bengkak susu boleh berlaku bila-bila masa sahaja tau! Sedangkan anak kedua saya yang kini sudah hampir 2 tahun pun saya kadangkala mengalami bengkak susu. Pam susu mampu membantu mengeluarkan susu dan melegakan kesakitan. Walaupun awak boleh gunakan teknik marmet, tapi sebaiknya guna pam susu dulu dan disudahi dengan teknik marmet untuk mengeluarkan saki baki susu yang ada.


Bayi kadangkala mengalami gatal gusi dan sebagainya, gusi yang tajam boleh menggigit susu ibu dan mengakibatkan melecet dan mengalami luka. Apabila bahagian susu ibu luka, pam susu amat membantu mengurangkan kesakitan kerana sedutannya kita boleh kawal berbanding hisapan bayi. Selebihnya awak semua boleh sapukan air susu yang bersisa di tempat yang mengalami melecet atau luka itu. Insha Allah, luka tersebut akan cepat kering.

Bagi sesetengah ibu yang mengalami masalah puting susu tidak timbul juga digalakkan mengepam. Menggunakan pam susu bagi merangsang pengeluaran susu dan puting susu agar timbul. Kita semua sedia maklum, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin adalah berbeza-beza. Dengan adanya bantuan pam susu, ibu-ibu dapat mengurangkan stress dan keletihan, akibat masalah dari segi penyusuan yang tidak berjalan dengan lancar!

Saya harap post saya ni memberi manfaat buat ibu-ibu dan semua bakal ibu diluar sana. Semoga kalian berjaya meneruskan perjuangan menyusukan bayi sendiri hingga cukup umurnya 2 tahun. Amiin.

Sekian.





PENGALAMAN BREASTFEEDING

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, seronoknya kalau kita sebagai ibu ni dapat menyusukan anak secara terus atau dalam bahasa penyusuan ‘direct feeding’(DF). Seperti kebiasaan bakal-bakal ibu lain juga… saya sebenarnya sangat mengimpikan dapat memberi yang terbaik buat anak-anak saya sendiri. Ketika mengetahui diri saya telah disahkan mengandung saya sememangnya berniat agar dapat menyusukan anak saya  sepenuhnya sehingga umurnya 2 tahun. Cuma perancangan Allah dan perancangan saya tidak sama.

Sebaik lahir Nabihah Insyirah, saya terus menyusukan dia walaupun pada mulanya saya hampir demam mengalami bengkak susu akibat susu sukar sedikit untuk keluar. Sememangnya, saya sungguh bertuah kerana umi saya sendiri pandai mengurut dan boleh dikatakan semua masalah berkaitan urat, terseliuh, ibu berpantang, ibu mabuk mengandung, bengkak susu dan sebagainya dia berjaya selesaikan.

Dengan berkat urutan umi saya dan tunjuk ajarnya saya mampu menyusukan anak pertama sepenuhnya dalam masa 6 bulan pertama tanpa sedikitpun campur dengan susu formula. Saya berpantang sama seperti ibu-ibu lain cuma cara umi saya mungkin ada bezanya dengan mereka yang lain. Saya perlu minum air rendaman daun inai segelas sehari, selama 3 hari berturut-turut untuk percepatkan luka jahitan episiotomy kering kerana jahitan tersebut agak  banyak kerana silap cara semasa meneran. Kemudian, saya akan berurut dan berbengkung cara lilit jawa kerana umi saya sendiri adalah berketurunan jawa.

Cara pemakanan saya semasa dalam pantang sangat dititikberatkan oleh umi kerana dari makanan terhasil susu ibu yang lebih baik, pekat dan banyak. Nasi, sayur dan lauk adalah menu lengkap saya setiap hari samada sayur dikukus, direbus atau dimasak air. Lauk ikan juga begitu samada dibakar atau direbus singgang. Makanan yang gatal, bergoreng dan berminyak dielakkan sama sekali.

Pada minggu ke-3 berpantang barulah saya dibenarkan menjamah ayam, kicap, dan pelbagai jenis ikan. Setiap pagi dan malam saya mesti ambil susu dan milo sebagai menambah tenaga. Kadangkala, menu saya terdapat juga tauhu jepun yang memiliki khasiat yang baik dalam membantu memekatkan dan perbanyakkan susu ibu.

Alhamdulillah, dalam masa 40 hari berpantang susu badan saya semakin banyak mengikut keperluan Nabihah Insyirah. Hingga saya perlu naik kerja pada hari ke-60 saya akan pam setiap 3 jam dan stok susu mencukupi untuk 2 minggu minum. Hampir sebulan saya menghantar Nabihah Insyirah di rumah pengasuh setiap kali bekerja saya akan bekalkan 3 botol susu beku dan 1 botol susu dari chiller.

Tapi pengasuh saya pula disahkan mengandung anak ke-3 dan mengalami mabuk yang agak teruk. Saya terpaksa meminta pertolongan umi saya dan Nabihah Insyirah dijaga oleh umi di Temerloh, Pahang. Sedih memang tak boleh nak cakap masa tu sebab saya menyusukan dia sepenuhnya. Sepanjang dia di Temerloh, Pahang hampir setiap malam saya menangis. Emosi walaupun tak begitu stabil, susu saya masih banyak dan saya teruskan mengepam hingga hampir 25-30 oz seminggu.

Saya akan balik ke kampung setiap minggu bawa stok susu beku sepenuhnya. Alhamdulillah, 6 bulan pertama saya berjaya susukan dia sepenuhnya dengan susu ibu dan selepas itu saya terpaksa campur sedikit kerana Nabihah Insyirah dah boleh makan solid food dan dia agak kuat menyusu.

Semangat saya memang tak pernah putus untuk anak saya sebab saya dah berniat untuk susukan dia hingga usianya 2 tahun dengan susu saya. Walaupun terpaksa campur susu formula selepas usianya 6 bulan namun dia masih minum susu ibu hingga umurnya 8 bulan sebelum saya terpaksa memutuskan susu ibu untuk Nabihah Insyirah kerana disahkan mengandung anak kedua pada masa itu. Namun, saya teruskan mengepam dan Nabihah Insyirah terus penyususan susu ibu menggunakan botol susu hingga umurnya 12 bulan.


Sekian.

BAHAYA PRODUK PEMUTIHAN

Assalamualaikum.


TUJUH (7) TANDA PUAN SEDANG GUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MEMPUNYAI BAHAN PEROSAK KULIT!
-------------------------------------------------------
1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit.
.
2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari.
Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. Itu salah satu tanda produk puan mengandungi bahan HIDROKUINON.

Apa itu HIDROKUINON? Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari.

Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli.
.
3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON.
.
4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas dan gatal.
.
5. Awal-awal penggunaan kulit muka akan terasa sedikit pedih dan kemerahan apabila terkena matahari.
.
6. Kulit menjadi putih kepucatan, macam mayatt.
.
7. Kulit menjadi licin berkilat! Ia adalah hasil daripada matinya protein dalam kulit yang berfungsi sebagai perlindungan.
Tidak logik pun kulit seseorang wanita itu tiba-tiba jadi licin dalam masa yang terlalu singkat.
.
-------------------------------
4 KESAN BAHAYA HIDROKUINON
-------------------------------
1. Kulit muka menjadi nipis kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari.
.
2. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan risiko tinggi untuk menjadi tompok-tompok hitam. Buat rawatan laser pun belum tentu boleh hilang. Jangan sampai tahap macam ini ya! Lebih baik stop dari awal.
.
3. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan mungkin koma.
.
4. Kulit muka yang putih itu lama-kelamaan akan berubah menjadi gelap dan seakan sunburn, wajah juga kelihatan lebih tua dari usia. Ngerikan?!
.
BANTU KAMI SHARE INFO INI UNTUK MANFAAT PARA WANITA.

Semoga kita semua dijauhi daripada kesan bahaya bahan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berlebihan sampai merosakkan kulit!

Licin, berkilat, putih segera itu hanya sementara. Dalam jangka masa panjang, kesannya amat teruk sekali jika tidak dirawat dari sekarang.


 Sekian.

6 PESAN IMAM AL GHAZALI

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share sedikit pesanan yang telah disampaikan oleh IMAM AL GHAZALI. Pesanan ini amat berguna buat kita sebagai umat Islam di dunia ini.


Semoga memberi manfaat dan pedoman buat diri saya dan awak semua!.
Wallahua'lam.

Sekian.

MARY KAY SEMI-MATTE GEL LIPSTICK

Assalamualaikum.

Hello everyone!!

New Semi-Matte Gel Lipstick ni hotstuff tau dari Mary Kay! Rugi sangat-sangat kalau tak cuba pakai Semi-Matte ni sebab ia sangat creamy dan long lasting dan paling penting bagi saya senang untuk apply! Semi-Matte ni terdapat 8 jenis pilihan warna!

Antara 8 warna yang menarik ini ialah :








Kenapa anda kena memiliki lipstick ini ?

Istimewanya lipstick ini adalah kerana ia memiliki formula gel yang ringan, menggunakan teknologi ‘cushion matrix’ terkini iaitu mengandungi mikrosfera silica yang amat kecil untuk penyerapan dan tahan lama. Kan macam saya kata, long lasting tau walaupun lepas makan still elok ada lagi kat bibir!

Memiliki kesan fokus yang lembut dan menutupi masalah bibir gelap dan tona tak sekata. Mengandungi juga minyak bunga matahari dan ekstrak jojoba untuk melembapkan bibir dan ia didatangkan dalam bekas’clear top window’ untuk memudahkan anda memilih warna lipstick kegemaran dengan lebih mudah!

Kalau ada antara awak semua yang nak cuba boleh contact me on 018-2073118 dan whatsapp 013-2188902.

KENALI JENIS JENIS KULIT MUKA

Assalamualaikum.


Saya pasti ramai yang tak sure jenis kulit masing-masing jenis apa kan? Saya dulu pun macam awak awak semua… kalau orang bertanya tentang bab-bab kulit memang failed! Apapun untuk pengetahuan semua kulit kita ni cuma ada 4 jenis sahaja tau. Kalau ada lebih dari empat tu saya tak jaminlah awak awak ni datang dari planet mana. Hahahaha gurau aje! 

Empat jenis kulit itu ialah Jenis Kering/sensitive, Jenis Normal, Jenis Kombinasi dan Jenis Berminyak.
Nak tahu bagaimana nak kenalpasti kulit kita ni macamana? Jom saya beritahu awak awak bagaimana nak 

Okey, firstly kita tengok dulu ciri-ciri kulit Kering.


Mereka yang berkulit kering ni menghasilkan sebum yang begitu rendah atau sedikit jadi, wajah mereka akan kurang berkilat dan kusam. Liang roma bagi mereka yang berkulit kering ini hampir langsung tidak kelihatan. Kulit jenis ini sangat mudah mengelupas dan memberi kesan tidak selesa pada wajah.



Then, kita tengok pula ciri-ciri kulit normal.


Sebum yang dihasilkan bagi kulit normal adalah secara semulajadi sangat sederhana. Tekstur kulit yang sebegini amat lembut dan memiliki liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang mencukupi. Hanya sesekali mereka akan mendapat jerawat atau dinaiki jeragat.


Sekarang, tengok pula ciri-ciri kulit kombinasi.


Kulit jenis ini adalah tergabung dari tiga jenis kulit iaitu Normal, Berminyak dan Kering. Zon T adalah kebiasaannya akan berkilat dan mengeluarkan minyak yang lebih dan berasa kering di sekitar pipi.

Akhir sekali, kita tengok ciri-ciri kulit berminyak.


Kulit jenis ini paling tidak disukai oleh wanita. Ia menghasilkan sebum yang banyak sehingga jelas kelihatan di wajah. Kilatan yang dihasilkan memberi impak yang buruk dan liang pori juga amat jelas kelihatan dan memudahkan terjadinya jerawat.


Sekarang, awak semua dah tau jenis kulit masing-masing kan? So, awak semua dah boleh cari skincare yang sesuai untuk kulit muka masing-masing. Tak ada masalah lagi untuk pilih skincare terbaik sebab anda dah sedia maklum tahu apa yang kulit muka anda perlukan! 



CARA TERBAIK PILIH NAMA ANAK

Assalamualaikum.



Baru-baru ni ada kedengaran tentang isu penukaran nama anak oleh jabatan agama negeri Pulau Pinang berkaitan nama 'DAMIA' yang membawa maksud tempat keluar kotoran. Saya juga terkejut dengan isu ini, yelah kan... sebagai ibu bapa kita rasa dah buat pilihan nama yang terbaik buat anak-anak tapi rupanya masih membawa maksud yang waswas iaitu tidak pasti.

Namun, jika diselidiki nama 'DAMIA' membawa maksud yang baik sama seperti kebanyakan nama lainnya. Rasanya tiada masalah cuma jika terdapat kesilapan huruf atau sebutan sahaja yang akan membawa makna lain. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Maza juga ada mengaitkan dengan nama 'DAMIA' ini, beliau sendiri menegaskan maksudnya baik dan tiada sebarang masalah bagi ibubapa yang menggunakan nama tersebut buat anak-anak mereka.

Saya bukan nak ulas sangat isu ini... cuma teringat tentang pemilihan nama buat bakal puteri dan putera kami beberapa tahun lepas. Sememangnya difficult sangat-sangat sebab mahukan makna yang terbaik dan menyeluruh. Lebih merungsingkan saya apabila hubby saya langsung tak berkenan nama -nama yang saya pilih untuk bakal anak pertama kami masa tu.

Akhirnya, cari punya cari dan selidik makna saya meminta dia bersetuju dengan nama :

NABIHAH INSYIRAH

Pada mereka yang dah biasa mendengar nama ini mungkin tiada apa yang istimewa, tetapi pada saya memberi maksud yang sangat mendalam. Nabihah ini membawa maksud kebijaksanaan dan Insyirah pula membawa maksud kelapangan hati. Masa saya diberitakan mengandung, saya begitu gembira sekali sebab diberi peluang menjadi ibu oleh Allah. Hati saya lapang dan tenang waktu itu kerana fitrah setiap wanita inginkan yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.

Alhamdulillah, akhirnya hubby terima juga saya nak guna nama ni untuk puteri kami yang bakal lahir. Seronok jangan ceritalah sebab selama 9 bulan 10 hari bayi duduk dalam rahim kita... bawak berjalan, bawak makan minum, bawak shopping, bawak ke masjid surau, bawak mandi ke tandas bagai... bila dapat menamakan anak sendiri tu seakan anugerah yang tak terkata nikmatnya!

Selang setahun saya melahirkan seorang putera pulak masa tu agak mengagau nak mencari nama buat anak kedua ini sebab rezeki Allah bagi tak terduga cepat begini. Masa nak menamakan si putera saya pilih sendiri sebab hubby agak sibuk. Nak tunjuk pada hubby pun tak sempat. Masa tu duk terfikirkan nama Naufal Khalish tapi rasa macam sesuatu dengan nama yang nak diberi pada si putera yang bakal lahir. Hinggalah si putera lahir ke dunia, saya masih simpan nama itu untuk diberi pada dia tapi saya sempat beritahu umi saya dulu. Umi cakap dia rasa macam pernah dengar nama Naufal ni ada di sebut sebut kalau terjumpa cucu seseorang. Rupa-rupanya nama cucu sepupu abah saya, Naufal juga namanya.

Sepakat untuk menukar pemberian nama, saya bagitau suami minta hold dulu daftar kelahiran anak. Jenuh jugalah saya memikirkan untuk menukar nama si putera. Saya gigih mencari siang dan malam hampir dua hari.

Akhirnya, saya dapat yang bersesuaian dengan makna untuk si putera yang baru 5 hari lahir masa tu. Saya memilih nama :

NADEEM KHALISH

Maksudnya sangat menarik pada saya kerana anugerah Allah buat saya adalah kejutan yang tidak disangka buat kami semua terutamanya buat puteri saya Nabihah Insyirah. Nadeem bermaksud Rakan karib atau sahabat dan maksud Khalish adalah yang ikhlas atau keikhlasan. Saya bersyukur walaupun terkejut dengan kehadiran si putera yang tak disangka-sangka semoga dia boleh menjadi sahabat buat kami semua.

Pada mulanya suami agak tidak bersetuju dengan pemberian nama ini tapi saya dah pastikan maksudnya baik dan tidak memberi sebarang makna yang buruk. Semoga Nadeem Khalish mampu memberi manfaat buat agama dan negaranya kelak. 

Hakikatnya, pada saya bukan senang juga untuk memilih nama anak lebih-lebih lagi jika rakan dan saudara-mara sudah gunakan nama yang dipilih untuk anak-anak mereka. Takkan nak menamakan anak dengan nama sama pulak kan? So, sebab itu jangan juga terlalu memandang mudah menamakan anak. Kadangkala pilihan nama ikut sedap rasa tapi maknanya terjadi sebaliknya (makna tidak baik) memang rasa ralat jugalah. Ada juga yang memang tidak mahukan sebarang makna dalam pemilihan nama buat anak-anak dan dimaksudkan sahaja sebagai hamba Allah.

Ada sesetengah ibubapa memilih nama anak melalui bahasa selain melayu dan arab. Maka, membawa maksud dalam bahasa tersebut. Jika maknanya baik tidak mengapa kerana di akhirat kelak kita akan dipanggil dengan nama yang baik-baik oleh Allah S.W.T Kerana itu dalam Islam setiap ibubapa disarankan memilih nama yang bermaksud baik untuk anak-anak. Semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah.

Sekian.




KHASIAT BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN MENGIKUT WARNA


Buat ibu bapa yang peka terhadap keseimbangan pemakanan anak-anak awak semua bolehlah rancang menu keluarga dengan makanan dari kumpulan warna yang anak-anak suka! Kalau awak rajin cuba menu berlainan untuk setiap buah dan sayur dari kumpulan warna di bawah ni. Tentu dapat menambat hati anak-anak dengan warna-warni makanan yang ibu mampu sediakan!

Kumpulan Merah


Mengandungi likopena yang boleh mengurangkan radikal bebas serta kaya dengan antioksidan yang membantu mengelakkan pengumpulan darah dan sakit jantung. Contoh :Tomato, Ceri, Kranberi, Tembikai, Epal Merah, Ubi bit Merah dan Strawberi

Kumpulan Kuning/Jingga


Mengandungi Alfa Karotina yang melindungi dari barah dan dan juga Beta Karotina yang menukarkan vitamin A untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Ia juga penting untuk memperbaik penglihatan. Contoh : Buah Pic, Ubi Keledek, Rock Melon, Jagung, Mangga, Lemon, Nanas dan Aprikot

Kumpulan Hijau

Mengandungi komponen klorofil yang boleh menyahkan toksin dari tubuh. Kandungan mineral serta kalsium juga tinggi di dalam makanan yang bewarna hijau. Contoh : Sayuran berdaun Hijau, Epal Hijau, Brokoli, Timun, Buah Kiwi dan Avokado

Kumpulan Biru/Ungu


Mengandungi Antosianin yang bukan sahaja member warna yang menarik bahkan terbukti untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung. Contoh : Beri biru dan Beri Hitam, Anggur Unggu, Plum, Terung, dan Kubis Ungu

Kumpulan Putih



Mempunyai nutrient yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan. Contoh : Kubis bunga, Pisang, Lobak Putih dan cendawan


Semoga dapat membantu anda mengenali kumpulan warna makanan untuk hidangan terbaik bagi seisi keluarga!

Sekian.

RAZIA SULTAN WANITA PERTAMA DINASTI MAMLUK

Assalamualaikum.

Siapa tengok cerita RAZIA SULTAN ?
Tak tahu? Jom saya konsikan sikit siapa RAZIA SULTAN ini.... ☺



Satu-satunya wanita yang memegang takhta kerajaan Delhi ketika tahun 1236 hingga 1240. Nama sebenarnya adalah Raziya Al-Din dilahirkan pada 1205 di Budaun, India. Ayahandanya bernama Iltumish dan bondanya bernama Qutub Begum. Sejarah asalnya, Razia Sultan Memiliki 3 orang adik beradik lelaki dan suaminya bernama Malik Altunia. Kemangkatan Razia Sultan dan suaminya selepas 4 tahun memerintah takhta kerajaan Delhi sumber mengatakan mereka telah diracun. 

Razia(juga disebut Radiyya atau Raziyya) menggantikan ayahandanya Shams-ud-din Iltumish pasa Kesultanan Delhi pada 1236. Iltumish menjadi sultan pertama yang memilih seorang wanita sebagai penggantinya ketika ia menjadikan puterinya Razia sebagai pewaris takhtanya. Razia menjadi penguasa perempuan pertama dan terakhir di Kesultanan Delhi. (Menurut sumber, putera sulung Iltumish awalnya ingin dijadikan sebagai penggantinya, namun meninggal saat masih bayi) Namun demikian, para bangsawan Muslim tidak menyetujui pelantikan seorang wanita sebagai pengganti seperti yang dilakukan oleh Iltumish dan setelah sultan meninggal pasa Rabu 30 April 1236, saudara Razia, Ruknud-din Firuz, telah dipilih untuk naik takhta. (Sumber wikipedia Indonesia)

Cerita yang telah ditayangkan di televisyen ni mengubah nama suami Razia Sultan kepada Mirza Altunia (Nama asalnya suami Razia). Adik beradiknya pula ada 4 orang dan seorang saudara tiri iaitu Ruknuddin dari Shah Turkan. Menariknya kisah Razia Sultan ini adalah kerana sifat dan sikapnya yang begitu memahami dan mengambil berat tentang rakyat jelata. Selain tu, saya suka sebab Razia Sultan berbeza dengan puteri-puteri lain yang hanya tunduk dengan arahan dan tinggal diam dalam istana.

Sikap Razia yang sukakan kebebasan, bijak, berani, bersifat kepimpinan yang tinggi, degil dan semangat waja membuatkan dia satu-satunya puteri yang mampu membela nasib rakyat daripada penindasan dan kekejaman pemerintah di Delhi. Pada saya Razia memang layak memegang takhta kerajaan Delhi memandangkan ayahandanya jatuh gering dan kekanda Nasir telah mangkat. Manakala adinda Yasir masih kecil untuk menaiki takhta.

Disebabkan hak wanita diketepikan pada zaman kesultanan tersebut, tiada siapa yang mahu melanggar tradisi empayar Qutbuddin pada masa itu kerana  mahu mengekalkan adat dan peraturan empayar itu. Akhirnya Shah Turkan dan Ruknuddin mengambil kesempatan  menguasai empayar kerajaan Delhi dengan kejam dan bersifat kuku besi. Mereka juga sanggup menindas keluarga Sultan Iltumish kerana tidak mahu keluarga Sultan Iltumish merancang menjatuhkan anakandanya Ruknuddin.

Razia pula menganggap dirinya terikat dan masih tunangan Sultan Yildoz sedangkan dia tidak sedar bahawa ayahandanya Sultan Iltumish dan kekandanya Putera Nasir telah meminta kepada Sultan Yildoz agar pertunangan dan perjanjian antara Sultan Yildoz dan Razia dibatalkan. Walaupun dengan berat hati Sultan Yildoz telah berjanji memutuskan pertunangan tersebut secara rahsia. Namun, dengan rancangan jahatnya bersama Shah Turkan, dia tetap memaksa Razia mengahwininya. Antara sebab Razia mahu menerima lamaran Sultan Yildoz adalah kerana dia mementingkan nasib rakyat dan emmpayar Delhi.

Sikap dan peribadi Razia sememangnya memiliki ciri-ciri seorang Sultan begitu ketara dengan beberapa sahabat terdekatnya. Razia wanita yang sangat berani, menjaga kebajikan rakyat, bebas, berkepimpinan, bersemangat waja dan baik hati. Dia sanggup melanggar adat istiadat istana hanya kerana mahu menyelamatkan Fatima seorang hamba yang begitu setia terhadap tuannya daripada  hukuman mati kerana tuannya telah mati akibat sakit tua.

Ketika berlaku salah faham yang didalangi oleh Shah Turkan yang mengakibatkan Putera Nasir dan Sultan Iltumish hingga hampir menyebabkan peperangan, Razia sanggup meredah kesusahan dan bahaya pergi ke Ghazni untuk meminta pertolongan Sultan Yildoz. Dia tidak mahu berlaku pertumpahan darah dalam keluarganya dan merugikan kerajaan Delhi seterusnya hanya membuka peluang kepada musuh untuk memerangi Delhi.

Ketika Ruknuddin menguasai takhta kesultanan juga Razia tetap menjaga kebajikan dan keselamatan rakyatnya dengan menyamar sebagai lelaki bertopeng. Rakyat Delhi kemudiannya menggelar lelaki bertopeng itu dengan gelaran Sultan Bertopeng.

Perwatakan Razia sememangnya layak untuk menjadikan dirinya Sultan di hati dan mata rakyat jelata. Cuma kerana pada ketika itu kesultanan tersebut telah terikat dengan undang-undang dan peraturan  yang mana suara wanita adalah tidak penting untuk didengari ini bermakna sumbangan wanita tidak diperlukan sedangkan dalam Islam, setiap manusia yang dijadikan sebagai lelaki atau wanita mempunyai hak masing-masing. Islam sendiri tidak pernah mengetepikan pendapat wanita contohnya Isteri baginda Aisyah dan anakanda baginda Fatimah Azzahra.

Saya masih tidalk sabar menunggu kesudahan cerita ini... masih disiarkan di TV 3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4 petang - 5 petang. Sesungguhnya, saya benar-benar cintakan watak Razia yang begitu berani dan bersemangat waja walaupun melalui hari-hari yang sulit untuk seorang puteri sepertinya

Awak awak boleh baca sejarah kehebatan empayar kerajaan Delhi ketika dalam pemerintahan Razia Sultan DI SINI.

Sekian.

SUPPLEMENT CALIPH KIDS DAN BABY | MAMA NAK CALIPH!

Assalamualaikum.


Hai uolls!

Apa dia CALIPH ni ?


Jom, baca… saya nak share sikit tentang supplement terbaik buat anak-anak anda. Supplement ini boleh diambil oleh anak-anak  seawal  umur  1 tahun hingga 6 tahun keatas. Ada sesetengah ibubapa tidak langsung mengambil apa-apa supplement untuk anak-anak, alas an mereka anak-anak sihat dan membesar macam biasa.

Tidak dinafikan memang anak-anak kita sihat dan membesar seperti biasa tetapi tahukah anda betapa pentingnya supplement agar mereka memiliki minda dan badan yang benar-benar  aktif dan cergas. Ibarat wanita yang perlu makeup kalau nak keluar rumah untuk tampil yakin dan menawan… begitu juga dengan anak-anak kita!

Supplement  Jus Caliph Kids Expert ini adalah Sunnah supplement kerana mengandungi beberapa campuran bahan  sunnah. 

Antara isi kandungan di dalam Jus Caliph Kids Expert ini adalah:

Kurma/Dates : Sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C, Niasin.

Kismis/Raisins : Sejenis buah yang kaya dengan magnesium, kalsium dan fosforus, zat besi, kalium, vitamin C dan Ripoflavin, Protein, Potassium, 10 Had,dan Kromium

Buah Tin/Figs : Membekalkan serat yang banyak dan mengandungi juga kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E dan potassium

Aprikot/Apricots : Mengandungi zat besi, potassium, beta karotena, vitamin B17 dan serat yang sangat tinggi!

Madu/Honey : Mengandungi Vitamin A, B Kompleks, C, E, K, Kalsium, Sulfur, Fosforus, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Manganese Silica,

Delima/Pomegranate: Mengandungi potassium yang besar jumlahnya selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, zat besi, sodium, vitamin A, B1, B2, B3 dan C

DHA Omega 3 & Omega 6 : Meningkatkan kesihatan otak dan mempengaruhi perkembangan membrane sel dalam sistem neurologis di dalam otak

Perisa Buahan Campuran/Mix Berry Flavour

Berapa banyak anak-anak anda akan makan buah dan omega setiap hari?
Jawapannya:  Tidak tentu dan pengambilan uah-buahan tidak diambil setiap hari.

Tapi dengan Jus Caliph, anak-anak dapat sajian yang lebih lengkap! Jus Caliph Kids Expert adalah formula mudah yang mengandungi  8 Bahan makanan semulajadi yang penting untuk diambil oleh anak-anak anda seawall umur 1 tahun sehingga 6 tahun keatas.





Rasanya… memang sedap sekali! Pasti anak-anak anda akan rasa teruja setiap hari untuk menikmati rasa Jus Caliph Kids Expert! Elok diminum dengan menggunakan sudu plastik kerana boleh menjaga khasiat madu di dalam jus ini.

Kalau nak beli CALIPH pastikan dapat dari pengedar yang sah yea!


Sekian.

PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

Assalamualaikum.

Bila kandungan pertama saya telah masuk trimester ke-3, saya memang berbincang dengan suami nak bersalin di hospital mana. Antara HKL atau Hospital Ampang kedua-duanya sama dekat cuma kalau ke HKL jalan jem memang tak boleh cakap apa. Kadang-kadang sampai mengucap panjang nak ke sana kalau waktu puncak tu!

Kata putus hubby cakap better kita ke Hospital Ampang lebih selesa di sana. Sebab kakaknya pun 3 orang anak semua bersalin di Hospital Ampang. Kebetulan lagi sebab kawasan rumah kami memang dalam kawasan negeri selangor walaupun alamat poskod Kuala Lumpur.

Saya mula siapkan beg bersalin agak awal, sebab kalau ada hal yang tak diingini berlaku senang sebab saya ke tempat kerja drive sendiri. Beg bersalin pun awal-awal saya dah sumbat dalam bonet kereta sejak usia kandungan 7 Bulan lagi. Ibarat sediakan payung sebelum hujan! Taknaklah nanti menyusahkan suami selalu... sedangkan sejak saya mengandung macam-macam kerenah saya hubby nak kena hadap!

Walaupun jangkaan bersalin pada 22 Februari 2014 @ 28 Februari 2014, tapi pada awal pagi 18 Februari 2014 saya dah rasa tak sedap perut. Memulas-mulas padahal tak rasa nak buang air besar pun, tapi rasa memulas tu kerap. Keluar bilik air tengok umi saya sedang memasak, kebetulan dia memang stay sementara menunggu saya melahirkan anak pertama. Saya beritahu dah ada tanda mukus yang berwarna kelabu kecoklatan padanya dan dia tanya ada rasa sakit-sakit ke? Tak sakit tapi saya cakap perut saya memulas-mulas tak berhenti dari awal pagi.

Umi sarankan kami terus ke hospital untuk daftar samada perlu masuk wad dulu sebab tanda-tanda bersalin dah ada. Masa tu baru pukul 8 pagi. Saya dan hubby dah bersiap nak ke pejabat sebenarnya tapi tak jadi... kami ke Hospital Ampang terus. Semua beg saya dan bakul suami bawa, air selusuh, air zamzam, kurma dan roti. Sepanjang jalan contraction menyerang 5 minit sekali, rasa memulas-mulas tu kuat juga sampaikan saya rasa macam tak tahan nak duduk atas seat kereta.

Sampai di Hospital Ampang keadaan memang sesak sebab waktu puncak orang ramai ke pejabat, saya terpaksa turun sendiri di bahagian kecemasan sementara hubby cari parking di sekitar hospital. Lepas daftar, saya diperiksa dan bukaan telah 2-3cm. Kemudian saya di periksa lagi dan bukaan telah menjadi 4cm.

Doktor terus arahkan agar saya di bawa ke labour room disebabkan ward telah penuh. Saya dan suami tiada pilihan lain dan semasa menunggu contraction saya telah jadi 3 minit sekali. Sakit di bahagian pinggang jangan cakaplah, sampai berpeluh-peluh saya dibuatnya. Hampir sejam menunggu di ruang menunggu bahagian kecemasan bersalin barulah saya dihantar ke labour room. Dibaring kan dan dipasang alat untuk dengar heartbeat baby dalam perut. memang kuat bunyinya bila contraction menyerang sebab baby saya dah mula berusaha untuk keluar. Tapi bila check bukaan saya stuck 5cm hampir 2 jam.

Saya mengadu pada hubby yang saya rasa sakit sangat, bila check pun bukaan cuma 6 cm susah nak buka banyak walaupun baby saya kuat bergerak. Heartbeat baby pun laju juga masa tu. Sementara hubby saya ke surau bersolat zohor, saya kena drip air dan kemudian di induce untuk percepatkan bukaan. Lepas masuk ubat saya betul-betul rasa tak tahan sakitnya Allah saja yang tau. Masa tu air ketuban baru pecah dan keluar membuak buak. 

Menangis-nangis saya kat hubby sebab gesaan tu buat saya sakit sangat-sangat, dia tak sampai hati terus call umi dan saya mengadu sakit saya pada umi. Masa tu umi banyak ajar saya ingat Allah, mengucap dan istighfar. Agak kepenatan dan keletihan sebab menangis sambil menahan sakit. Hubby buka penutup air selusuh dan zamzam. Umi suruh disapu pada perut dan muka supaya saya dapat segarkan diri. 

Dalam beberapa jam bukaan saya telah 7-8 cm. Nurse tengok saya dah macam tak tahan sangat dia benarkan saya meneran. Nasib Saya baik sebab petang itu nurse yang menyambut kelahiran bayi Saya sangat baik dan memberi semangat untuk saya bersalin normal. Saya disuruh mengawal pernafasan dan meneran dengan keadaan bertenang. Nasib baik nurse baik sebab dia bagi juga saya beberapa teguk air selusuh bila tengok bibir saya kering dan muka saya dah keletihan yang amat sangat.

Akhirnya, jam 6.08 petang saya berjaya lahirkan puteri sulung saya seberat 3.59 kg. Terkejut mendengarnya sebab jangkaan saya baby saya cuma 3 kg saja. Rupanya lebih besar dan patutlah saya rasa agak susah nak keluarkan sampai kebas terasa dari pinggang ke hujung kaki. Nurse bagi saya dakap baby sementara suami iqamat di telinganya.

Selesai saya dijahit, baby dibersihkan saya berehat lama diatas katil bersalin tu sebelum boleh dipindahkan ke katil yang akan dibawa ke wad. Masa berpindah katil saya rasa macam nak pitam sebab terlalu lama berbaring tanpa makan dan minum. Nurse memapah saya untuk bertukar katil dan saya diberikan makan malam sementara baby saya diletakkan di sebelah saya. Menu makan malam sedap tapi saya kurang berselera.

Tepat jam 8.30 malam baru ada katil kosong dan saya diusung ke ward bersalin. Saya minum susu, minum milo, makan roti dan biskut banyak-banyak sebab lapar sangat. Nasi yang umi masak pun saya bedal juga sebab saya langsung nak pitam setiap kali bangun dari katil. Alhamdulillah, nasib baik baby saya baik... dia cuma tidur saja sepanjang malam selepas saya susukan dia. Hampir tengah malam saya bangun dan bersihkan  diri mana yang mampu.

Sepanjang malam susah untuk tidur sebab ada juga beberapa bayi yang meragam hingga melalak-lalak, nak dibantu saya juga masih tidak kuat. Sampaikan ibunya tak tahu nak buat apa dan dibantu nurse cara-cara memberikan susu badan. Macam-macam cara sampai terpaksa buat teknik marmet dan diberi minum melalui syringe ubat. Barulah bayinya diam dan barulah saya mampu tidur untuk beberapa jam.

Esoknya, selesai doktor buat rondaan dan check bayi, saya diarah ke bilik lain. sebab katil penuh, ada ibu yang terpaksa tidur di sebelah labour room perlu juga di bawa ke ward. Kami yang sudah berada di kati semalaman terpaksa ke bilik penyusuan. Saya agak tak puas hati sebab lambat dapat kebenaran keluar ward dan lambat urus darah baby yang diambil. Sudahlah jahitan saya banyak dan panjang, hingga saya rasa bisa di tempat jahitan. nak berjalan sudah tak berdaya langsung akhirnya hubby minta pinjam wheelchair. Masa tu umi, mak mertua dan ayah mertua juga ada. Mengadu jugalah sebab terpaksa duduk dibilik yang panas dan tiada katil. Nasib baby cot hospital cukup dan baby saya hanya tidur di situ. Tapi keadaan panas buat baby jadi tak selesa dan kerap merengek minta didukung. Apabila selesai urusan daftar keluar dari wad dan urusan lain semuanya, kami pun pulang ke rumah. 

Staff nurse di hospital Ampang memang beri layanan semua baik, cuma disebabkan terlalu ramai yang bersalin pada masa itu, maka terjadi keadaan yang tak diduga. Kami hampir 15 - 20 orang ibu-ibu ni terasa macam pelarian pula sebab disuruh dudak sana disuruh duduk sini dibilik yang tiada aircond dan kipas pula hidup segan mati tak mahu! Apapun inilah pengalaman yang saya tak boleh lupa sepanjang melahirkan puteri sulung Nabihah Insyirah yang sangat comel.

Anda boleh juga baca artikel ini : PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK PERTAMA

Sekian


Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...