CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum.

Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama dengan yang bakal lahir nanti kan? Kalau ada yang masih ingat pun mesti samar-samar dan ragu-ragu nak buat kan?

So, jom tengok ilustrasi kat bawah ni yang mampu menerangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami bagaimana nak urus susu ibu perahan.

Kenapa penting sangat untuk kena tahu cara pengurusannya?

Kerana jika silap urus, susu ibu perahan tidak akan lagi membekal khasiat susu ibu sewajarnya untuk anak-anak anda. Mulai sekarang, ibu-ibu perlu lebih ilmu kerana kebanyakan ibu menyusukan bayi secara eksklusif adalah berkerjaya dan bekerja dari rumah bukan? Maka, ibu-ibu tak boleh malas untuk ambil peduli ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ya.



Jika masih rasa ragu-ragu, ibu boleh rujuk kepada pakar laktasi yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda melalui pelbagai cara seperti e-mel, media sosial mahupun kaunseling.

Sekian.

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

Assalamualaikum.


Kali ini saya nak berkongsi sikit kisah dan pengalaman saya mengandung anak kedua. Saya dikurniakan cahaya mata kedua ini dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya, saya dapat tahu mengandung kali kedua pada umur anak sulung saya baru 8 bulan. Terlalu awal dan langsung saya dan suami tidak menjangkakan ia secepat ini.

Maklumlah, bila terlepas pandang sesuatu perkara kita takkan perasan rezeki yang datang secara tak sengaja. Berbanding anak pertama, mengandung anak kedua adalah sangat berbeza kerana tiada langsung mabuk atau alahan mengandung yang saya alami kecuali tubuh badan saya mengalami gatal-gatal. Sampai saya terpaksa ke hospital mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan kegatalan.

Saya cuma tahu mengandung pada usia kandungan 18 minggu, itupun selepas saya mengesyaki diri mengandung disebabkan perut yang semakin membuncit. Sebenarnya, setiap bulan saya tetap ada spotting @ tanda sedikit tompokan darah pada tarikh datang haid, maka saya ingatkan itu adalah datang haid seperti biasa. Nasiblah, bila ke KKIA nurse tak marah dan dia minta saya untuk buat scan ke klinik swasta juga untuk mendapatkan due date disebabkan kitaran haid terakhir saya tidak tepat.

Alhamdulillah, bila buat pemeriksaan scan di klinik swasta memang kandungan saya adalah 18 minggu dan doktor telah mengesahkan kandungan saya adalah jantina lelaki! Hingga usia kandungan 5 bulan lebih saya mengalami spotting pada setiap bulan mengandung. Apabila masuk trimester ke-3 barulah spotting tersebut tiada.

Persiapan menyambut kelahiran bayi kedua ni sangat tergesa-gesa , kami suami isteri membeli barangan yang dirasakan perlu sahaja. Sebab barangan kakaknya pun masih baru setahun lepas dibeli. Semasa mengandung anak kedua, saya masih menyusukan anak pertama. Kandungan kedua ini tidak bermasalah, bayi akti dan normal sama seperti kandungan pertama saya dahulu, namun hemoglobin saya sentiasa berada kurang dari tahap normal. Hingga saya terpaksa kerap ke KKIA untuk ambil darah dan melakukan pemeriksaan lainnya. 

Bayi kedua saya dijangka lahir pada 4 April 2015 tetapi saya dapat rasakan bayi akan keluar penghujung bulan Mac kerana tarikh bulanan datang haid saya adalah penghujung bulan. Setelah 3 hari turun darah, pada 27 Mac 2015 Hari Jumaat, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Ampang.

Kelahiran paling mudah kerana saya tidak perlu di induce atau di suntik epidural. Saya mampu melahirkan bayi secara kaedah normal dan alami dengan 2 kali push sahaja. Bayi saya agak kecil berbanding kakaknya dahulu iaitu 3.14 kg sahaja. Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana kelahiran bayi kedua ini adalah pada pagi waktu subuh yang hening dan hanya saya seorang yang menyambut kelahiran bayi pada awal pagi itu. Labour room telah kosong dan keadaan wad juga tidak sesak. Alhamdulillah.

Sekian.

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU


Assalamualaikum.

Hai, bakal ibu yang pertama kali atau dah beberapa kali melahirkan bayi. Tentu tak lengkap sekiranya anda tidak menyediakan  checklist seperti gambar kat bawah ni kan?

Tak kira walaupun sudah kali ke - 3 nak menyambut kelahiran bayi anda, senarai semak atau checklist seperti ini sangat diperlukan agar segala keperluan yang penting tidak tertinggal semasa bakal ibu menyediakan segala keperluan tersebut.

Keperluan seperti dalam gambar di bawah ini adalah paling lengkap untuk menyenaraikan semua kelengkapan ibu dan bayi serta barang yang perlu di bawa semasa hendak ke hospital.


Senarai semak di bawah ini pula adalah keperluan semasa menanti saat kelahiran bayi hingga bayi selamat dilahirkan. Sekiranya anda memilih untuk melahirkan bayi secara c-section , anda boleh membawa pakaian bayi sebanyak 4-5 pasang kerana kelahiran cara pembedahan memerlukan anda tinggal di hospital melebihi 2 hari berbanding melahrkan bayi secara normal.


Di harap anda tidak tertinggal untuk membuat senarai semak seperti diatas ini ya kerana ia sangat penting !

Selamat menanti kelahiran bayi anda dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Sekian.

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Al-Mubarak! 

Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk keli masak sambal ni rasanya tak lengkap nak berbuka bersama keluarga. 

Walaupun saya bukan orang nogori, tapi saya sangat menyukai hidangan ikan keli, lebih-lebih lagi keli yang di masak lemak cili api. Sebab itu, saya masak ikan keli cara tersendiri!



Inilah hasilnya! 
Eh, mudah sangat tau menyediakannya semudah A, B, C! 

Jom, saya kongsikan resepi ringkas untuk menu iftar kali ini dengan anda di bulan mulia ini. Walaupun anda bekerja... rasanya menu ini sesuai sebab sangat mudah disiapkan. 

Bahan A
Ikan Keli (disiang) : 3-4 ekor
Garam : Secukup rasa
Kunyit : Secukup rasa
Asam keping : 3-4 keping

Bahan B
Cili pes : 3-4 sudu besar
Bawang merah besar : 2 biji
Bawang putih ; 3 ulas
Udang kering : Segenggam 
(boleh guna ikan bilis jika tidak mahu guna udang kering)
Gula : 2 sudu besar
Garam : 1 camca teh
Air asam jawa: 1/2 camca teh dibancuh secawan air

Cara-caranya;
Gaul rata ikan keli yang telah disiang dan dikelar badannya dengan garam dan kunyit hingga rata. Kemudian, biarkan seketika sementara anda boleh panaskan minyak di dalam kuali.

Saya nak beri sedikit tips yang agak berkesan juga apabila hendak menggoreng ikan keli ni supaya ia tidak meletup-letup dengan kuat. Anda boleh tuang minyak dikuali separuh kuali dan bila minyak panas, masukkan asam keping terlebih dahulu. Selepas beberapa minit barulah masukkan ikan keli. Goreng hingga garing, angkat dan toskan minyak.

Sebenarnya, pemilihan peralatan memasak juga penting untuk memastikan kecekapan kita bila di dapur ni. Saya rasa ada baiknya untuk menggunakan Khind ARF22 Air Fryer yang less oil berjenama Khind ni, yang sekarang tengah meletop-letop ada promosi menarik lagi murah kat LAZADA



Antara sebab selain memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak, air fryer juga mampu mencegah berlakunya percikan minyak ke merata tempat, bila menggoreng ni memang leceh sebab nak kena bersihkan minyak di dapur.

Jom sambung masak balik, bila dah siap menggoreng tuang sebahagian minyak ke dalam bekas kosong dan tinggalkan sedikit untuk digunakan semasa menggoreng sambal. Masukkan Bawang merah, bawang putih dan udang kering/ikan bilis yang sudah ditumbuk/dikisar lumat. Bila dah naik baunya, bolehlah masukkan bawang merah besar yang dihiris nipis. 

Kemudian, masukkan cili pes. Goreng hingga cili pes masak dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Masak sambal anda hingga betul-betul telah berwarna merah dan sedikit pekat. Tutup api dan biarkan seketika.

Sambil anda membaca resepi yang saya kongsikan , saya nak bagi info sedikit tentang promosi sepanjang bulan ramadhan ini! Sangat berbaloi-baloi bila anda berbelanja di LAZADA sekarang sebab sedang berlangsung Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale!!! 




Promosi ini berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun ini dimana anda boleh dapatkan promosi hingga 90 % ! Wow, syoknya Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bersama LAZADA tahun ini. Jom cepat ke laman web LAZADA sekarang sebelum terlambat!




Jangan lupa ya, apabila hendak menghidang , cuma letakkan ikan keli di dalam pinggan dan curahkan sambal mengikut kuantiti yang anda mahukan keatas badan ikan keli yang sudah rangup digoreng. Pasti suami dan anak-anak anda tak sabar-sabar untuk menikmatinya!

Selamat Mencuba!

KOTEX ODOR - CARE DENGAN BAU DAUN SIRIH ATAU LAVANDER

Assalamualaikum.

Waktu datang bulan setiap wanita mood berbeza-beza dan adakalanya rasa kurang selesa untuk menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan atau aktiviti luar yang lain sebab risau masalah bau!

Seriously, saya pun kadang-kadang terasa macam tu, lebih lagi bila nak uruskan keluarga dari awal pagi sampai malam. Anak-anak pula kadangkala suka meragam... Jadi, takkanlah asyik nak ke tandas dan berlama-lama di dalam tu kan?

Sekarang , dah tak payah risau sebab Kotex dengan Odor-Care ni mampu mencegah dari kebocoran dan bau yang tidak menyenangkan tau!


Paling BEST bila pakai tu bau ramuan dari pati minyak semulajadi daun sirih atau lavender sangat wangi dan rasa selesa untuk dipakai.

Saya ni jenis cerewet sikit lebih lagi bila time nak mencuci pad. Biasanya, saya akan memilih pada yang tiada kandungan gel untuk lebih mudah mencucinya. 

Awak semua tak payah bimbang, Kotex dengan Odor-Care ni amat mudah untuk dicuci walaupun selepas digunakan sepanjang hari.

Syok kan!


Kotex Odor-Care ini juga didatangkan dengan dua bauan berbeza iaitu daun sirih dan lavander. Boleh pilih samada nak guna yang extra - long atau slim . Ataupun anda lebih selesa untuk gunakan yang ada sayap atau tidak bersayap.

Saya gunakan Kotex Overnight, Extra - long , bauan daun sirih ni memang buat kita rasa tenang sangat. Rasa sangat selesa tau bila tengh buat kerja rumah ni, walaupun sesibuk mana nak urus keluarga.

Sekian.


TATI DAN MOLEEK SKINCARE BAHAYAKAN PENGGUNA

Assalamualaikum.

Penggunaan skincare yang mempunyai bahan kimia bukan baru di Malaysia ni, tapi sebab ada pelanggan yang sukakan kulit putih melepak walaupun hakikatnya kulit tu memang warna coklat. 

Makanya ramailah pengusaha tak bertanggungjawab ni buat produk yang mampu milik lah, boleh putih dalam masa 3 hatilah, boleh hilangkan terus jerawat dan jeragat lah... Memang tak patut!

Ada yang pakai kulit terus bagi reaksi mengejut, mengelupas , pedih dan sakit. Pengguna takut dan terus stop, bernasib baiklah sebab dah tak terjebak. Tetapi ada yang pakai kulitnya masih elok dan semakin licin. Bila dapat kulit macam tu, ramailah testimoni luar biasa cakap .. produk ni bagus, produk terbaik dan diiktiraf KKM.

Walhal, pihak KKM cuma keluarkan nombor siri produk yang didaftar kan di Malaysia sebab ia dikeluarkan oleh pengilang di Malaysia, bukan nombor siri keselamatan untuk produk pun. 

Tapi ramai pengedar yang taksub ni akan cakap produk ni selamat dan testimoni pengguna sangat memberangsangkan .

Tak pasal-pasal KKM kena kecam dek kerana ada pelanggan dan pengedar yang taksub sangat untuk pakai skincre jenis bahan kimia berbahaya ni. Bila dah jadi macamni, kenapa KKM tak pantau, tak bagitahu? Sampai berlambak orang jual.. merata-rata ada jual.. 

Di bawah ni, saya bagi gambar-gambar berkaitan produk TATI dan MOLEEK SKINCARE yang dah membahayakan nyawa pengguna. 






Jika terkena pada bayi atau kanak-kanak? Bimbang berlaku kesan sampingan yang kita sendiri tak boleh jangka. Tak sayang kulit sendiri lantaklah kan? 

Ini bukan setakat kulit awak je tau, bagi yang mengandung, janin dalam perut apa nak jadi? Dah tak sayang anak ke? Bagi pengguna yang ada anak-anak kecil, kalau dibuatnya anak tu termakan atau tercalit kat kulit mereka benda tu? Allahuakbar!

Harap sangat awak semua tukarlah kepada skincare berasaskan bahan botani seperti Mary Kay. Walaupun ada yang cakap Mary Kay ni mahal lah, kulit naik jerawatlah! Sebabnya, awak juga pernah gunakan peeling produk yang dah bertahun duduk dalam kulit tu! Mahal tu pulak sebab tanggapan negatif semasa kali pertama nak beli, bukan kena beli setiap bulan tapi beli 5 bulan sekali. Berapa jimat awak tak tau sebab awak masih nampak nak cepat cantik dengan produk berbahaya tu!

Bukan saja-saja saya nak promote sebab saya Beauty Consultant Mary Kay, tapi sebab saya pernah guna pelbagai produk sebelum ni kononnya berasaskan organik oleh pengeluar bumiputera sendiri tapi, ciri-ciri dan tekstur krimnya sama seperti kebanyakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, Hydroquinone dan tretinoin. Hasilnya, bila berhenti sahaja pakai, memang jerawat mencanak-canak naik dan kulit jadi terbakar lain macam aje.

So, berhati-hati lah... Sebab orang sekarang semua nak hidup dalam kemewahan sedangkan sebalik itu semuanya ada penipuan. Saya mohon, awak semua jadilah pengguna yang bijak!

Sekian.

ALWAYS APRICOT MARY KAY SEMI-MATTE GEL LIPSTICK

Assalaualaikum.

Apa yang best sangat pasal NEW MARY KAY GEL SEMI-MATTE LIPSTICK ni?  

Formula gel yang ringan, teknologi 'Cushion Matrix' terkini iaitu mengandungi mikrosfera silika yang amat kecil untuk penyerapan dan tahan lama, kesan focus yang lembut dan menutupi masalah bibir gelap atau tona tak sekata.

Lipstick jenis Semi-Matte Gel ini juga mengandungi minyak bunga matahari dan estrak jojoba untuk melembabkan bibir dan ianya didatangkan dalam bekas 'clear top window' untuk memudahkan anda memilih warna lipstick kegemaran dengan lebih mudah.  

Ada 8 warna hebat!

BASHFUL YOU 
RICH TRUFFLE 
MAUVE MOMENT
POWERFUL PINK 
ALWAYS APRICOT 
POPPY PLEASE 
MIDNIGHT RED 
CRUSHED BERRY 

Saya pakai warna Always Apricot . Warnanya lebih lembut dan sesuai untuk dipakai sepanjang hari. 



Berminat nak tahu lebih lanjut? 

Hubungi saya sekarang! Wasap Azieera MK 018-207 3118 for FREE consultation and fast respons!

Sekian.

GAJET WAJIB ADA UNTUK ANAK MANDI KOLAM

Assalamualaikum.

Saya ni agak risau sikit nak bawak anak-anak yang bawah umur dua tahun mandi kolam. Tapi, seriously saya sebenarnya suka kalau mereka sukakan kolam.

Rasanya, saya terlewat bawak Nabihah ke tempat-tempat percutian yang ada kolam tapi, belum terlewat buat Nadeem. Nampaknya, lepas pergi ke Melaka haritu dia terlalu sukakan air kolam!

Tak susah pun nak sediakan gajet anak- anak untuk mandi kolam. Benda wajib ada :


Pelampung ni benda perlu bawak sebab memudahkan anak-anak yang tak pandai berenang sendiri tu untuk berenang dalam kolam.

Pelbagai harga pelampung ada kat pasaran, Serendah RM 8 hingga yang paling mahal. Terpulang pada pilihan masing-masing nakkan yang murah atau sebaliknya!


Swim diapers ni available saiz sebenarnya untuk bayi hingga umur 3 tahun. Terpulang bagi ibubapa yang nakkan anak-anak lebih bersopan pakai baju mandi. 

Brand Rock-Tak Baby ni awak semua boleh ke page dibawah ni ye. Cantik-cantik corak yang ada kat semua swim diapers ni. 
FB page : 
Instagram : 

Bagi saya sebab anak-anak tak biasa mandi kolam dengan baju mandi lengkap, better selesakan dulu dengan swim diapers macam ni, malah sebab taknak mereka terkencing dalam air kolam tu jugak. 

Sekarang, dah boleh pegi mandi kolam dah! Apa yang penting pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak jika ke tempat percutian yang ada kolam, pantai dan sebagainya. 

Sekian.

MARY KAY OIL FREE HYDRATING GEL YANG BEST SELLER !

PELBAGAI MANFAAT MARY KAY OIL FREE HYDRATING GEL (OFHG) .  


Psst ... Saya nak kongsi satu rahsia kulit flawless. OFHG ni berfungsi mcm moisturizer, tetapi bertindak macam kita makan supplement untuk extra care. 

Sama konsepnya, kalau yang jenis tak suka pakai moisturizer, boleh pakai OFHG ni je. Tapi kalau saya, lebih suka pakai kedua-duanya tau sebab nakkan kesan yang ketara . 

Kulit kita ni dah terdedah dengan UVA waktu kerja, so OFGH sangat penting tau. Sebagai protection dan rahsia kulit nampak naturally glowing/sihat! .


Jom kita tengok apa agaknya kegunaan & manfaat OFHG ni kepada kulit kita ...

• Texture yang ringan : Struktur gel yg ringan, lembut dan cepat meresap ke dalam kulit kita.

• Pelembap : Melembabkan kulit tanpa membuat kulit kita berminyak dan kekal lembap sepanjang hari.

• Mengawal minyak : 
Boleh digunakan untuk kurangkan penghasilan minyak dekat muka kita setiap hari.

• Asas Makeup : Also can use as makeup base ye supaya foundation dan bedak lebih tahan lama.

• Meredakan selar matahari : As a cooling gel lepas seharian kita berjemur dibawah sinar matahari sebab OFHG ni sejuk!

 • Kulit Sensitif : Meredakan radang iaitu kulit yg timbul ruam atau jerawat pasir dan kulit kering kemerahan.

• Merawat sel-sel kulit : Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baru.

• Kulit Breakout : Meredakan kulit yang pernah mengalami pengelupasan dan rosak akibat produk yang mengandungi mercury & hydroquinone (peeling product) .

Saya adalah Beauty Consultant berdaftar (ID: 140058 MY) anda juga tau! So, boleh directly wasap Azieera MK 018-207 3118 for FREE consultation and fast respons! 


Sekian.

SHH.. I LOVE YOU BAB 1-15 | BACA ONLINE

Assalamualaikum.

Eh, dah nak mula drama bersiri yang terbaru kat TV3 pada 3 April 2017 nanti. Baca sinopsis dah rasa menarik.

Sekarang, cuba awak semua baca online pulak .. yang ada pun awal bab aje sebagai nak warm up sebelum sesi menonton episod demi episod kat televisyen pulak nanti!



Bab 1 , Bab 2 , Bab 3 , Bab 4 , Bab 5 , Bab 6 , Bab 7 , 
Bab 8 , Bab 9 , Bab 10 , Bab 11 , Bab 12 , Bab 13 , Bab 14 , Bab 15

Selamat membaca lah yea! Saya tau ada sesetengah orang lagi minat baca novel dari tengok drama kat televisyen, ada juga yang suka kedua-duanya sekali. Apapun enjoy okey .. 

Sekian.

SINOPSIS DRAMA SHH.. I LOVE YOU

Assalamualaikum.

Drama terbaru ini bakal ditayangkan di TV3 pada 3 April 2017. Tak sabar pula rasanya nak ikuti drama bersiri lepas baca sinopsis ni!

NOVEL SHH.. I LOVE YOU

NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?

“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia
“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian. 

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?


“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan


Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. 

Sekian.


Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...